BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Sunday, December 11, 2011

fEnomEna IstiQaroh CinTa~

16 Muharram 1433 = 12 Disember 2011 = 3.50 petang = dlm bilik. (:


~asSaLammualaikum WaRahmatuLLAHi WaBarakaTuh~

...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

ungkapan yang seharusnya setiap saat meniti di bibir kta...
sesungguhnya ZikruLLAH itu membuatkan ati kta menjadi TENANG.
ati menjadi TENANG krn engat kepada y Maha PENCIPTA...

Syukran ya ALLAH, atas nikmat IMAN, ISLAM dan MASA LAPANG ini~

baru seketika tadi menghadiri forum
ISTIQARAH CINTA ; Saat Hatiku Di Sapa,
anjuran PMI USM.
inti pati y menarik sekali...

terhibur dgn ahli panel,
Ustaz Shaari b Abd Rahman
(penulis buku Kuasa Kepimpinan Al-Fateh)
beserta isteri tercinta y turut menjadi ahli panel,
Ustazah Nurul Suhada..
banyak sekali ilmu yg bermanfaat...

apabila berbicara soal cinta,
tahukah kita bahawa
CINTA = TENAGA = SEMULA JADI
sungguh,
hati ini berasa sangat syahdu...
betapa ALLAH maha pemurah,
mengurniakan setiap insan Fitrah berkasih sayang...

menarik sekali kisah pasangan panel tadi,
semasa mereka ingin mendirikan rumah tangga
pada 10 Disember, 3tahun yg lepas..

ketika dilamar Ustaz Shaari,
Ustazah Nurul menuntut di UIA
sbg pelajar jurusan undang-undang tahun ke2.
Ustazah Nurul adalah anak bongsu dalam keluarganya..
anak yg plg manja (beliau mengaku sendiri) :D
jadi, beliau memikrkan cara,
bagaimana mahu menyatakan hasrat tersebut
kepada keluarga agar keluarga beliau tidak kaget...

lalu Ustazah Nurul meletakkan 1 syarat kpd Ustaz Shaari.
Ustaz Shaari dikehendaki membuat kertas kerja ;
plan 12 tahun akan dtg b'sama Ustazah Nurul.

tanpa soal, Ustaz Shaari menyiapkan kertas kerja tersebut,
kemudian terus menghantarnya kepada
keluarga Ustazah Nurul..
pastinya ayahanda dan bonda Ustazah Nurul
terpana dengan kertas kerja tersebut,
menandakan bahawa Ustaz Shaari serius menyunting puteri mereka..

maka dengan itu pasangan tersebut di ikat dgn akad.
walaupun Ustazah Nurul hanya berusia sekitar 20-21 pada ketika itu..

hasil perkongsian hidup,
sekarang mereka mempunyai seorg anak,
y bernama Nurul Fatihah...

di antara initipati y dapat diambil semasa forum tersebut ;

# perkahwinan bukanlah semata-semata untuk kita mengelak maksiat,
tetapi perkahwinan akan membawa kita kpd MardhotiLLAH...
perkahwinan dlm Islam akn membina keluarga y sakinah + mawaddah + rahmah.

# perkahwinan akan bermula dengan kasih sayang,berakhir dgn tanggungjawab..
maka sebelum berkahwin fikirlah sedalam-dalamnya,
adakan kita cukup bersedia? cukup matang?

# perkahwinan dalam Islam juga bukan hanya terletak pada
physical hapiness shj malah,
~ spiritual hapiness
~ emotional hapiness

# pertunangan adalah proses mengenal serba sedikit mengenai pasangan serta keluarga
agar masing-masing dapat menerima pasangan seadaanya apabila telah berkahwin,
namun masih dibatasi syara'.

# dalam tempoh pertunangan juga ada beberapa syarat yg digariskan ;
1. tidak b'balas msg kecuali urusan penting.
2. tidak ada gambar pasangan masing-masing.
3. tidak ber'dating'.
4. saama2 merancang ke arah perkahwinan.


~ad-Du'a Silahul Mu'min~

p/s : [muhasabah cintaku]

buat pemilik cintaku,
semoga ALLAH memberi petunujuk,membimbing kita ke arah yg diredhaiNYA~

Sunday, November 6, 2011

apabila manusia melawan Fitrah~

6/11/11 = 10 Zulhijjah 1432H = 9.31 pm = Home Sweet Home



assalammualaikum~~~



sudah lama tdk menjengah ke sini,

tenggelam dalam kesibukan duniawi,

hingga terabai penulisan di sini...



sebelum tulisan ini dipanjangkan,

selamat Hari raya Aidiladha diucapkan

kepada semua muslimin & muslimat..

smoga kta mengambil ibrah ats pengorbanan y dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS..



suka untuk berkongsi dgn kalian mengenai

isu semasa yang hangat dibicarakan sekarang...

isu seksualiti kemerdekaan.



mengapa perkara ini timbul?

dan mengapa golongan ini begitu berani mengetengahkan hali ini?



sebenarny jika dikaji, budaya songsang wujud sejak Zaman Nabi Lut lagi.

sehingga sekarang, pada zaman yang moden ini,

perkara ini menjadi semakin berleluasa..

golongan ini berani mengutarakan isu ini kerana

negara kita tidak menjalankan hukum yang selari dgn hukum ALLAH.

masyarakat tidak mengambil ibrah dri kisah Nabi Lut dan kaumnya...


firman ALLAH yang bermaksud ;


" Dan (Kami juga telah mengutus) Lut

(kepada kaumnya).

(Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya:

“Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu,

yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun

(di dunia ini) sebelummu?

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka),

bukan kepada wanita,

malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

(Al A'raf :80-81)


manusia harus ingat,

kita memang memerlukan kebebasan.

tapi kebebasan itu ada hadnya.

kerana apa? mudah sja..

kerana kebebasan itu hak mutlak yang MAHA PENCIPTA.

yang MENCIPTAKAN kita yang berhak menentukan di mna takat kebebasan kita..



jangan menyalah ertikan istilah kebebasan.

manusia masa kini,

mendefinisikan kebebasan sbg kita boleh melakukan apa yang kita mahu.

tanpa ada panduan, batas yang telah ditetapkan syara'..


namun begitu, sbg masyarakat y perihatin juga,

kta tdk sepatutnya meminggirkan golongan ini

(gay, lesbian, biseksual, transeksual ).

menyisihkan mereka bukanlah tindakan y wajar.

sebaliknya kita mestilah mendekati mereka.

menerang, menjelaskan kpd mereka berkenaan hal ini menurut perspektif ISLAM y sebenar.

hal ini sekaligus dapat menyentuh hati-hati mereka

dgn kasih sayang ISLAM.



diharapkan kita smua cakna dgn isu ini.

jgn meremehkan isu ini..

jadilah seorg rakyat y prihatin, seowg hamba y Taat pda PENCIPTAnya.



semoga kita semua berada dalam jagaan ALLAH...



Salam Aidiladha~


p/s : sangat merindui seseorang. semoga ALLAH memeliharamu~

Saturday, September 3, 2011

BuLaTan GumBira Raya~ (^_____^)

6 Syawal 1432H = 4th Sept 2011 = sunday = 1.16 p.m = home

~asSaLammuaLaikum waraHmaTuLLAHi WabarakaTuh~

menganjak enam hari kita berada dalam kemeriahan Aidilfitri,
hari kemenangan Umat Islam...

menempuh 6 hari jugak Ramadhan pergi meninggalkan kita...
sayu di hati mengenangkan bulan mulia itu...


" TaqabbalaLLAhu minna waminkum "
[semoga ALLAH menerima
semua amalan
dari kami dan dari kamu semua]


pada 4 syawal 1432H.
berkesempatan juga ati pergi ke rumah guru2 y tersayang...

AlhamduliLLAH...
terasa jiwa penuh dengan kata2 azimat dari mereka.
murabbi yang xpernah kenal erti penat dalam memberi nasihat...

uhibbukum fiLLAH ya Muallimah~

destinasi y pertama adalah rumah
Muallimah Maimunah aka Ummi Mai.

banyak y dikongsi bersama, terutamanya,
perihal di sekolah Islah. antara realiti yang berlaku...

" rata-rata ibu bapa sekarang mempunyai kesedaran
untuk mencampakkan anak-anak mereka ke
institusi pendidikan berteraskana agama
dengan niat untuk memperbetulkan anak-anak mereka.
tapi kebanyakan daripada ibu bapa ini tidak mempunyai
kesedaran untuk sama2 berada dalam proses pengislahan anak2 mereka.
meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada tenaga guru2,
tetapi tidak mempercayai tindakan guru2 tersebut.
gejala2 'couple', tidak menghormati guru dan sebagainya
mula dibawak masuk ke sekolah itu.."


tapi, bak kata Ummi Mai lagi...
" islah ni ALLAH pelihara ".
sgt setuju ngn statement tuh. (:
korang buatlah apa pun, last sekali mesti kantoi.
ALLAH tunjuk bulat2 kat muallim / muallimah.

bukanlah niat ati nak mengaibkan sesiapa dalam hal nih.
cuma ingin berkongsi ibrah dengan semua...
acuan anak2 itu bukan terletak kepada guru,
tapi kepada Ibu bapa itu sendiri.
kita nak anak2 kita menjadi seorang yang soleh,
kita kenalah 2, 3x ganda lagi soleh.

Muallimah Romizah~ ^^,

seterusnya singgah di rumah Muallimah Romizah.
cikgu masa darjah6. ajaq subjek akhlak.
(dlu engat lagi, kena buat folio smpai kena marah2. :p)

muallimah Romizah : haa...lama xjumpa nih... ap crita?
awat xmai jenguk2 muallimah? diam2 ni ada ap2 ka?

Muallimah mmg suka mengusik, ati mampu tersengih ja la. :D

bersama guru ini,
kami banyak mengimbas masa silam kami...
dh 2orang dari batch kami y telah dilamar.
ati gembira buat mereka...gembira sangat3. (^______^)
moga ALLAH mempermudahkan urusan walimah kalian.


Muallimah Manisah~ (^__~)

kemudian kami menginjak ke rumah Muallimah Manisah.
sempat lagi kami membuka facebook untuk
Muallimah meninjau-ninjau perkembangan kawan2 sebatch kami.
Muallimah Manisah adalah guru kelas kami,
masa tingkatan 5 (5Ijtihad).


sekitar permandangan rumah impian Muallimah Mahani~ (^___~)

destinasi selepas itu adalah ke rumah Muallimah Mahani.
Teratak Wadi Insyirah~
paling suka dengan kata-kata penyambut di depan umah Muallimah.
Haza Min Fadhli RABBi~~~
cantik, tapi xsempat nk amek gambaq...

Muallimah Mahani : smua dh besar2, terharu Muallimah.
ntum dtg ziarah Muallimah.


akhir sekali, rumah yang kami serbu, adalah rumah...
Muallimah Salma.

sempat kami berhalaqah sebentar dengan Muallimah.
halaqah ini diberi nama Bulatan Gumbira Raya
oleh Cik Shakirah Abd Rahman. (:

hati y kosong ibarat dicurah2 dengan air2 y enak lagi berkhasiat.
plg terkesan bila Muallimah memperingatkan tentang Syirik...

"cuba kita bayangkan, kita buat benda2 yang kita tahu salah.
ALLAH tahu atau tidak?
ALLAH nampak atau tidak?
apabila kita melakukan perkara2 y ALLAH larang,
dengan minda yang sedar.
bahawa itu adalah dosa..
seolah2 kita mengagungkan nafsu.
kita menduakan ALLAH dengan nafsu.
maka itu sudah tergolong dalam syirik khafi (syirik tersembunyi/kecil)
jadi, kita kena selalu memberi masa kepada diri..
untuk mehasabah...
kalo nk cari masa, mmg kita xd masa lah kan..
smua sibuk dengan urusan masing2..
oleh itu kita beri masa..."

semoga perkongsian kembara ziarah ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita bersama...

credit to :
Dr. Solehah Mazlan (driver terhormat lagi tersayang y xpernah jemu bawak kami g jalan2)
Miss Shakirah Abd Rahman (sentiasa membuat suasana riang lagi menghiburkan)
Miss Nurul Izzati Md Noor (semoga tabah dalam menghadapi cabaran berorganisasi)
Miss Mardhiah Ishak (memaafkan itu indah~) ^^,
* uhibbukunna fiLLAH~

p/s : ati adalah pendosa. tapi ati tidak akan selamanya di dalam takungan dosa. May ALLAH guide me, you n all of us~













Monday, August 29, 2011

eiD muBaraK~


1 Syawal 1432H = 30th August 2011 = 11.56 a.m = Tuesday = Home









p/s : syukuri apa yang ada~

Tuesday, August 16, 2011

~ terima kasih CINTA~

16Ramadhan 1432H = 16th August 2011 = Tuesday = 6.40 pm

~ aSsaLammualaikum waraHmaTuLLAHi wabaraKaTuh ~
hari ni, hujan lebat~
alam bagai turut merasa,
kesayuan y melanda..
ati bagai baru tersedar
dari lena y panjang,
menempuh mimpi2 y indah,
tapi...
indah itu seketika...
perjuangan menuju redhaNY,
ati nodai dengan titik2 hitam...


ati ingin bahagia selamanya,
bukan hanya seketika...
ati harus lebih kuat.
mendidik ati supaya tidak leka
dan tidak membuat y lain turut lalai...
ati harus berubah...
demi dia, demi ALLAH...

ya ALLAH, bimbinglah kami~~~


tersedar... di dalam sepiku...
setelah jauh melangkah,
cahaya kasih MU, menuntunku...
kembali dalam dekap cahaya MU...

terima kasih CINTA, untuk segalanya...
KAU berikan lagi kesempatan itu,
tak akan berulang lagi...
semua~~~ kesalahanku...

tanpaMU...
tiada beerti...
tak mampu lagi berdiri...
cahaya kasih MU, menuntunku...
kembali dalam dekap cahaya MU~~~

terima kasih CINTA, untuk segalanya.....
KAU berikan lagi...kesempatan itu...
tak akan berulang lagi...
semua~~~~ kesalahanku...
kesalahanku~~~


p/s : jauh merenung, diam hingga hak itu milik kita~
ati bukan sebaik penjaga,
ALLAH pasti menjaga kamo dengan lebih baik.



Friday, August 12, 2011

manusia hanya mencari TUHAN apabila resah~


13 Ramadhan 1432H = 13rd August 2011 = saturday = 11.32a.m

~~~AsSaLammualaikum~~~

dulu ati sering berfikir...
mencari TUHAN bukan sekadar dikala resah.
ati protes dan benci pada mereka
yang menghadap ILAHI hanya ketika gelisah~


tapi...

saat ini,ati sedar...

mereka = manusia = ati


pedih...
rupa-rupanya ati juga serupa itu.
banjingan yang lupa diri,
lupa TUHAN di saat suka dan gembira~

kini, DIA sedang menguji apa y ati katakan...
ini bererti ati makin jauh denganNYA~ :''

Faghfirli ya ALLAH~~~


jika tidak dijaga hati, maka matilah ia...

jika dibimbing dengan tarbiyah,

maka perjuangan itu menjadi jalan hidup menuju mati.

credit to Sahabatku, Haziq Asyfar b Dun.


ati perlu mendidik jiwa...
agar tegar mengharungi ujian ini.
ujian itu pengukur tahap keimanan.
dugaan itu tanda ALLAH masih sayang~


perjuangan ini di ibarat bak bunga sakura~~~
khas buat kamo..

sakura...
kembang mekar namun, hanya seketika..
bertaburan jatuh, memenuhi angkasa, di sana....
sayu bila sedar ia tiada, depan mata~
biarkanlah~~~
keindahan itu, kekal masih ada...
setia menunngu, bagaikan diriku..
percaya, kan besinar kembali sepertinya~

credit to kak Umi Kalsom bt Yusof

p/s ; hanya sekadar menyatakan apa yang terlintas, ati xberniat langsung tuk melukai kamo~
maafkan ati membuat kamo derita~ ini yang terakhir...
maaf~~~ :'

Tuesday, August 9, 2011

~ mereka sering membuat hati tersenyum ~ :)

9 Ramadhan 1432H = 9th August 2011 = Tuesday = 9.51 p.m

...AsSLammualaikum WaraHmatuLLAHi WabarakaTUH...

adik2 10/11 ~ wajah suci kata kak Umi.. :)

jalan-jalan di Padang Kota, Pulau Pinang ~ syukran pak cik, jadi drebar kehormat kami :p

selepas berbuka puasa ~ pengenalan ALUMNI KMPP oleh MT ALUMNI KMPP

berbuka ngn kurma + air masak

mereka teman + kawan + sahabat ~ syukran jazilan, kalian sentiasa membuat hati tertawa

moreh = bihun sup + air teh panas + otak2. nyummy~~~

p/s : kalian sahabatku, mari kita betulkan niat. biar ikatan yang tertaut ini hanya kerena ALLAH~


Monday, August 8, 2011

~ REDHA ~


8 Ramadhan 1432H = 8th August 2011 = Monday = Living room

AsSaLammualaikum~~~

hari ni rasa bahagia. (^_____^)
hari ini mampu tersenyum...
hari ini sakinah telah kembali~

syukran ya ALLAH.

kini ati REDHA.
biarlah masa menjadi penawar.
pasti aqidah akan menyatukan ati2 y mencari redhaNYA~

ALLAH maha membolak balikkan hati...


ayuh, kita bersedia menghadapi esok.
mulakan persiapan untuk bersedia. ^^,
ilmu, fizikal, mental dan HATI terutamanya~

ayuh, bina kekuatan untuk terus melangkah.
perjalanan kita masih panjang,
bertimbun masalah umat y perlu kita cernakan.

segalanya2 adalah untuk meraih REDHA ALLAH~


credit to my sis : kak Umi Kalsom y selalu m'dengar celoteh. :p
syukran jazilan ya ukhty.moga ALAH memberikan yang terbaik untuk kamo. (^____^)

Sunday, August 7, 2011

~ sebarkan bahagia ~


8 Ramadhan 1432H = 8th August 2011 = 6.15 am = Monday = Study Room


Assalammualaikum waRahmatuLLAHi wabarakatuh~~~

(^_____^)
pagi2 kita kena senyum...
baru la murah rezeki....
ALLAH sayang, manusia pun sayang...

(^______^)
manusia yang berguna adalah manusia yang menyebarkan bahagia...
menyebarkan bahagia di segenap atmosfera alam yang tidak terjangkau,
menularkan bahagia di seantero muka bumi yang hanya pinjaman...

bagaimana menyebarkan bahagia???

(^_____^)
menyebarkan bahagia dengan
senyuman yang ikhlas,
menularkan bahagia dengan
menyebarkan virus CINTA y HAKIKI,
menjangkitkan bahagia dengan
menyuntik sirum FITRAH = ISLAM.

yakin dan pasti : virus bahagia y HAKIKI tidak akan menyakitkan mangsa2nya.

p/s : asyik dgn perasaan hingga lupa masalah ummat y lebih penting.




Monday, July 4, 2011

~ perkongsian tentang bait Muslim ~



























3 SYA'ABAN 1432H = 5 Julai 2011 = tuesday = home sweet home

asSLammua'laikum~ (^^,)

setelah hampir 2bulan bercuti, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sekolah.
Sekolah Menengah Al-Islah, Sungai Petani, Kedah Sejahtera. ^_^

banyak sekali perubahan yang berlaku.
sangat terharu melihat kemajuan yang dicapai oleh sekolah ini.
satu persatu kenangan menerjah dalam minda.
syukur, AlhamduliLLAH...
ALLAH campak di sini suatu ketika dulu..

kini hampir 3tahun meninggalkan sekolah.
melangkah ke alam yang lebih dewasa,
membuatkan hati meronta-ronta untuk kembali ke alam sekolah.
kerana realiti alam dewasa menjamin kehidupan yang 'sengsara'.

betulkah begitu???
mari kita muhasabah.
tepuk dada tanya iman. =)

tertarik untuk berkongsi ngn kalian,
tazkirah dari Muallimah Maimunah (cikgu kimia) & Muallimah Fauziah (cikgu BI)

Muallimah Maimunah : lama xjumpa anti, rndu sgt... :')

ana pun rindu muallimah, tu yang dtg cni.hehe~ :')


Muallimah Maimunah : anti dah besar yea sekarang.mcm mana study?matrik kedah kan?sekali dengan anak Muallimah Faizah yea?
yea muallimah, sekali ngn Anas. belajar hari tu alhamduliLLAH. ALLAH banyak tolong ana..=)

Muallimah Maimunah : anti nak sambung belajar kat mna lepas nih? AlhamduliLLAH, gagal sekali xbermakna gagal selamanya kan? Muallimah dah agak, anti pasti boleh berjaya..

berkat doa Muallimah jugak, terima kasih Muallimah.ana dapat tawarn USM, Kimia Analisis..=)

Muallimah Maimunah : quite though. kena buat betul2 yea lepas nih.belajar sungguh2..

kawan2 ana pun kata course ni though. Muallimah doakan ana yea..

Muallimah Maimunah : Solehah macam mana pula?owk?


Solehah : Ana macam ni la Muallimah.cuti ana kena potong, minggu depan 11 Julai dah kena masok kelas.huhu.xpuas duduk dekat rumah....


Muallimah Fauziah : biasalah tu, course medic. kena usaha lebih. kena deal dgn nyawa manusia..

Solehah : betul tuh muallimah. minggu depan nak balik sna dah. sinag2 ana pergi kelas, malam2 ana pergi program. AlhamduliLLAH, even owg tgk ana ni mcm xcukup masa. tapi ana asa dengan pergi program ni la ana dapat release tension belajar medic nih.. :D


Muallimah Maimunah : cerita pasal program nih, baru2 ni Muallimah ada pergi ceramah tentang Baitul Muslim. banyak sangat input dan perkara2 yang xdisangka2 yang muallimah tahu dari ceramah tu.

Muallimah Fauziah : apa yang anti dapat?

apa kaitan program dengan Baitul Muslim Muallimah?

Muallimah Maimunah : ceramah tu bercerita tentang perkara yang realiti tentang alam perkahwinan. sekarang nih, ramai muslimin dan muslimat yang sudah ada kesedaran tentang keperluan pasangan yang tunduk pada agama. agama menjadi sebab utama sesebuah perkahwinan. tapi semua tu xseindah yang disangka. dari sini jugak muallimah dapat tahu tentang pasangan yang aktiv dalam dakwah, tapi rumah tangga tidak bahagia.

Solehah : ana pun pernah ikut ceramah Bait Muslim nih muallimah, tapi. kenapa jadi macam tu muallimah?


[ ati hanya mampu tersenyum memandang Muallimah Maimunah, Muallimah Fauziah dan Solehah ]

Muallimah Maimunah : Muslimin ni mengadu kepada ibu dia, bahawa isterinya tidak tahu masak. bila suami mengajak isteri ke rumah mentua, isteri pula xmembantu ibu mertua di dapur, sebaliknya tidur dalam bilik. sebab keletihan berprogram. tapi, bila ada program, pandai pula bangun awal? bila xd program, terlajak pula tidurnya. rumah pula xpandai nak kemas. macam mana nak bahagia rumah tangga?

Muallimah Fauziah : di rumah, suami adalah ketua. jadi kita sebagai isteri kenalah menjaga segala kebajikan dan keperluan suami. memanglah kalau di ikutkan memsak tu bukan tanggung jawab isteri, tapi suami tetap mempunyai perasaan, bila balik rumah. nak tgk rumah kemas. bila berprogram memanglah kita ketua, tapi di rumah suami adalah ketua, dialah raja. dialah yang kita kena patuh selagi tidak melanggar syara'.

[ tiba2 rasa macam kena batang hidung sendiri ]

Muallimah Maimunah : betul tu, muallimah nak ingatkan antunna berdua, antunna kena prepare dah untuk menjadi isteri yang solehah. bukan hanya aktiv dakwah, bukan hanya pandai agam. tapi kena jugak pandai urus rumah tangga. kena belajar memasak dari sekarang. Muallimah sangat terkejut bila terdengar seowg aktivis muslimah ni kata " better alone". jangan sampai dalam ati kita ada rasa macam tu. fitrah kita nih, lelaki dan perempuaan saling memerlukan dalam kehidupan. Nikah adalah sunnah Nabi kita..

Solehah : tapi muallimah, ana pernah asa macam tu. bila kita single nih, mudah nak ke sana ke sini. xd y mengongkong. kita bebas nk kemana sahaja.

Muallimah Fauziah : ha.sakinah, senyum ja.sampai ke telinga dah muallimah tgk..=)

erk...xd la muallimha, hanya memikirkan apa yang muallimah-muallimah katakan tadi. marriage is not easy as we think. bagus dapat kahwin sesama aktivis, sebab masing2 faham agama. tapi masing2 juga manusia biasa. punya perasaan ingin menjaga dan di jaga.kan muallimah?

Muallimah Maimunah : yea, kita kena sama2 engt, sebelum menjadi daie. kita adalah manusia biasa, menjadi daie memerlukan proses tarbiyah yang berterusan. balik dari progam tu muallimah balik rumah. pesan kat anak2 muallimah. kena kemas katil, basuh pinggan, jangan tunggu mama suruh. kena sapu sampah, kemas rumah. kena biasakan diri. Kita pandai engatkan anak owg, anak sendiri lagi la kita kena pnadai jaga n selalu engatkan.

muallimah, macam mana dgn pasangan tadi?

Muallimah Maimunah : muallimah pun xpasti, harapnya rumah tangga mereka dapat di selmatkan lagi. dan kamu juga kena bersedia dengan poligami. bayangkan betapa ramai wanita di luar sna, dan betapa sikitnya lelaki dekat luar sna. bayangkan antunna berada di tempat wanita2 yang xdapat berkahwin sbb lelaki kebanyakanya dah berkahwin? mesti antunna sedih kan?

[ erk.owg macam ati nih xpndai nak berkongsi kasih, apatah lagi nak poligami? ]

smpai macam tu sekali muallimah?hmm.banyak dugaan bila kita makin meningkat dewasa nih.kadang2 ana asa macam xnk jadi dewasa.nak balik sekolah mcm dulu2..=)

Muallimah Fauziah : ni la realiti hidup.yang kita semua kena hadapi. perkahwinan bukan hanya sekadar akad, tapi perkahwinan adalah tanggungjawab selepas akad. antunna kena bersedia. walaupun muallimah cerita macam ni, bukan muallimah maksud supaya antunna lambat kahwin. tapi, supaya antunna cepat2 buat preparation tuk jadi isteri yang solehah. Rumah tangga sangat manis kalo masing2 saling cuba memahami dan dapat terima kekurangan masing2. tapi, kita sendiri kena baiki kelemahan kita dari semasa ke semasa..


Muallimah Maimunah : cuba buka blog isteri Tok Guru Nik Aziz. macam mana beliau bercerita mengenai kehidupan beliau bersama suami tercinta. cadar katil, beliau tukar 2 hari sekali. smpai Tok Guru xpersaan cadar dah bertukar. smpai macam tu sekali isteri Tok Guru layan Tok Guru. anti penah baca Fauziah?

Muallimah Fauziah : pernah. xp la, antunna kena belajar dari sekarang yea..

Solehah : dah la belajar pun susah, nak kahwin pun susah.haha.nasib la yea...

Muallimah Maimunah : kesian antunna. betul tu, org perumpuan ni belajar pun susah.nak kahwin susah jugak. Mujahid sampai kata apa kat muallimah tahu? " mama, kalo nak carikan angah isteri cari je gadis kampung, yang belajar xtinggi mana sangat". haa.sampai macam tu prespektif sesetengah lelaki yang berada atas jalan dakwah nih..

Solehah : ana kadang2 xberapa setuju dgn pandangan mereka. sepatutnya kita berada atas jalan nih, faham kenapa perlunya perkahwinan. bukan sekadar kepuasan nafsu atau memenuhi fitrah. tapi atas dasar liLLAHi ta'ala. nak kahwin, tapi nak kan isteri yang sempurna, diri sendiri pun belum tentu sempurna. n mana ada manusia yang sempurna atas muka bumi nih. ana suka dengan cara Sultan Murad. bagaimana dia merancang perjalanan tarbiyah hidupnya sehingga lahir seowg pejuang agama yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

xlama lepas tuh, kitowg pun mnx diri.dah nk msuk zhor, kna balik cepat2..=)

credit to :
1) eyah aka Solehah Mazlan (susah payan amek dari umah n hantar balik umah plak).
2) Muallimah2 atas perkongsian yang sgt menarik. =)

Wednesday, June 29, 2011

dalam hati ada DIA~

27REJAB 1432H = 29 JUNE 2011 = WEDNESDAY = atas Sofa

~asSLammualaikum waraHmaTuLLAHi wabarakaTuH~


...pemberontakkan hati kini di puncak...

HATI MINTA DIKASIHI!

HATI MINTA DISAYANGI!

HATI MINTA DICINTAI!

HATI MINTA DIRINDUI!!!

meronta jiwa dek melihat kebahagian orang lain,
hati bagai terdesak menagih cinta insani
yang entah bila akan kunjung tiba...
yang pasti akan ditinggalkan...
yang belum tentu diredhai ILAHI...

tapi...hati lupa...hati lalai...
itulah fitrah manusia,LUPA!

ya...DIA selalu ada untuk hati...

...DIA SENTIASA MENCINTAI HATI...

...DIA SENTIASA MENGASIHANI HATI...

...DIA SENTIASA MENCINTAI HATI...

...DIA SENTIASA MERINDUI HATI...

hati berdosa kerana melupaiMU!
lagi berdosa kerana membuat dia lalai dari mengingatiMU!
bertambah dosa kerana membiarkan mereka alpa dengan keasyikan dunia!


tapi hati tahu..

ENGKAU maha pengampun dosa...

tanpa segan silu,
berulang kali manusia memungkiri taubat,
berulang kali juga mereka bertaubat kembali,
dan berulang kali jualah DIA menerima taubat hamba-hambaNYA...

...ya RAHMAN, ya RAHIM, ya LATHIF...
tidak sanggup lagi aku meminta darimu,
tapi hanya ENGKAUlah tempat aku bergantung,
hanya pada ENGKAUlah aku memohon pertolongan,
jangan ENGKAU biar hati ini hilang pertimbangan,
jangan ENGKAU lepaskan hati ini dari lautan MahabbahMU,
jangan ENGKAU biar dia terus leka dalam khayalan yang tidak pasti,
aku menyayangi dia kerana MU ya ALLAH,
pinpinlah dia ke jalan yang ENGKAU redhai,
hanyutkan dia dengan limpahan Nur Kasih MU,
...ya Sami', ya Basir, ya Kareem...
KAU ampunilah hambaMU ini,
yang berulang kali mendustai cintaMU,
yang terus-terus leka dalam fantasi.

p/s : dia = kamu

27 REJAB 1432H = 29 JUNE 2011 = Livin' room = 6.45 pm = wednesday


aSsLammualaikum~~~

27 REJAB = ISRA' MI'RAJ

...kawan2 semua menulis tentang isra' mi'raj...


...moga kita semua mengambil ibrah dan menghayati perjalanan Baginda SAW...

credit to : my dear kak Long..


Sunday, June 19, 2011

~ conversation with uncle the driver bus ~


18 REJAB 1432 H = 20th Jun 2011 = 10.12 am = Monday = home sweet home. =)

~ aSsaLammualaikum ~
~ SaLam SejaHTera ~


postin' kali ni b'tujuan tuk menyampaikan pesanan;
pesanan seowg pk ck bus.
he is indian n malaysian. =)
He is so kind n sweet.glad to talk wit him~

ati = uncle, i'm going to sp.how much?

uncle = RM2.70

ati = tq, uncle. =)

uncle = ur most wlcm girl. =)

uncle = girl, why ur so confident waitin' inside there?
selaluny bus jarang msuk tau?

ati = uncle, i alwys wait inside n bus alwys come inside.

uncle = since when ur waitin'?

ati = since 12.50 pm

uncle = now is 1.13 pm. there already 2 bus passes here.

ati = haha.its owk uncle, saya xlarat nk jalan ke luar.

uncle = saya jrang ckap ngn penumpang.somtimes i jz ignore them.

ati = then, why ur talkin' to me uncle?

uncle = i dunno. by the way, can i call ur 'girl'?

ati = sure, my plesure uncle.

uncle = ur all are educated ryt?
but, why i alwys heared ur gossipin' 'bout guy?
the guy a nsem la, bla3 la..
those are nonsense ryt?
ur guys should gossipin' 'bout our economican, political issues.
1day,ur guys will be the apprentice of our country ryt?
WHY???

ati = yeah, ur ryt uncle.
i also dun like to talk 'bout those nonsense things
wht do ur think 'bout our economical, uncle??

uncle = hahaha.ur now girl..
malaysia is very special land.
we dun have volcano, no tornado, no tsunami,no war.

people said tht our land is a gold land.
but if ur look at our economy.its very poor,vry low..
why?did ur ever thnk 'bout tht gurl?

ati = mmh.now, ur make me thinkin', uncle. =)


uncle = haha.this gold land came from HIM.
TUHAN yang ciptakan tanah yang subur ini.
betolkan?

ati = yeah, correct uncle.

uncle = if we observed, every year.
harga barang selalu naik.
kedah, kelantan. nk trunkn harga.
but, why kerajaan xbg???

ati = mmh.sbb diowg cma pk dri sniri?

uncle = girl, malaysia consist of 3 main races.
indians, chinese n malay or
malay, chinese n indians.
but we jz think about ourselve.
tdk ad kerjasama.
kerajaan never think, how to improve our economy.
msing2 cma nk tmbah duit poket sniri.

ati = uncle, people nowadays jz thinkin' 'bout themselve.
kerajaan plak cma pk periuk nasi sniri..

uncle = then girl, did ur ever go to ulu?
owg2 y tgl d ulu sgt miskin.
who care 'bout their fate?
kerajaan cma dtg tgk bla nk dkt election.
kononnya dh bg bantuan.
media plak dtg, cma zoom kt tmpt y diorg baiki sja la.
focus tmpt tu sja.sekeliling tmpat tu?mcm mna?owg y tgk TV bkn nmpak?
girl, try observe.
owg umno.ad ka y tak duduk d rumah batu?
TAK ADA.MNA ADA.haiyyoyo...

ati = haha.uncle.thts reality..
malaysian need to realise n open their eyes..
ryt uncle?


uncle = yeah, ur ryt girl.
girl, i wanto smokin', it's tht owk?

ati = mmh.t'pulang la pda uncle.

uncle = i'm askin' ur permission, cz ur sit behind me.

ati = xp uncle. kalo sya xtahan bau rokok tu,
saya lari la duduk d blakang.hehe~
i wanto chat wit ur.

uncle = hahaha.ur know girl.
buyin' this thing jz like burnin' ur money.

ati = uncle, ur knw.but why ur still smokin'?

uncle = haha.if i dun smokin', i can't focus in the road.

ati = but not good 4 ur health n people surround ur.ryt?

uncle = ur ryt.i'm tryin' to reduce smokin'.
believe or not,
i can finish 1kotak rokok in 2days.

ati = uncle, its not gd.better ur stop..

uncle = tq girl.i will..

ati = uncle, why ur talk 'bout this to me?

uncle = like i said before, ur are educated.
ur should knw who ryt n who wron'.
ryt?

ati = haha.myb.dh nk smpai pn uncle..

uncle = yeah, i'm sorry if i said smthin; wrong or make ur hurt.

ati = no la uncle.i'm enjoy talkin' wit ur.

uncle = dun enjoy talkin' wit me.enjoy what we talkin' 'bout.
always chatin' wit ur fren 'bout those things..

ati = yeah, i will uncle.

uncle = owk.take cre girl.

ati = ur too uncle.hve a nc day. =)


dlm ati b'doa...

ya ALLAH, brikanlah hidayah kpd uncle nih.
dia baik, dia tahu akn kewujudan MU, ya ALLAH.
ya ALLAH, KAU maha m'bolak-balikkan ati.
mga 1 ari nati uncle nih akn menemukan CintaMU~

.....amiin.....

tepat pkul 2ptg. smpai d stesen bus SP.

sms ; to my lovely mom : mak, kinah dh smpai.

lovely mom : mak dtg skng.tgu yea.


p/s : mmh.byk lg isu semasa y ati xtau.perlu bnyk m'baca.xmo mals2! =)

Tuesday, June 14, 2011

~ kEmbara TarBiyaH ~


3 Rejab 1432 H = 15th Jun 2011 = WedneSday = 10.56 pg = home sweet home =)

asSaLammuaLaikum~~~

...pg y indah...

SUBHANALLAH~
ALHAMDULILLAH~
ALLAHUAKBAR~


currently at home,
selepas puas menjelajah.
KEMBARA TARBIYAH~
y xkn skali2 di lupakan.

syukran ya ALLAH, ats nikmat kudrat y tidak terhingga ini~




kembara d mulakan d changlun!
jdik Fc tuk MPPB 1st intake d KMK. =)
mcm2 pengalaman y d cedok.
UKHWWAH jga turut d uji..
tp,ad 1 kenangan y tak bole d lupakan.haha~
bahagia + sdeyh = : ')


~ sanah helwa ya akh ~
p/s = jga kucing baik2.nati akak dtg, nk tgk keadaan dia cna.heh~


smgu lepas MPPB tuh,
b'peluang jmp ngn adk2 junior y t'sayang.
seminngu d KMK mengajar mreka erti m'hargai MASA~
truskan p'juangan kalian.liLLAHi ta'ala~
ALLAH pasti b'sma kalian!


perjalanan d truskan ke ibu kota. =)
m'jejak mreka2 y turut sma menghayunkan langkah d alam p'juangan.
jejak kasih y m'buat ati t'haru.
inilah UKHWAH fiLLAH~

ya ALLAH, thabatkn, teguhkan, kuatkan
ati2 y b'kumpul dmi m'gapai RedhaMU~~~ : ')

.....amiin.....

sekembaliny ke utara tanah air.
jnj dri bumi KMPP dtg menuntut.
ya ALLAH, btapa ak mrindui bumi itu.
alhamduliLLAH, dbri pluang tuk jdik
Fc 2nd intake d KMPP. =)


akhrny rindu t'lunas jua,
menatap muka insan2 y d kasihi.
sayang kalian krn ALLAH~ =)

bla dh hbes MPPB 2nd intake.
sempat lg jln2 d penang ireland.haha
jln2 p umah pk ck mamu.
crdt to KA : syukran bwk ktowg p umah pk ck.


p/s : berjalan d muka Bumi ALLAh mengajar kta realiti kehidupan y sbenar~

Friday, May 20, 2011

kELam KabuT~

20hb Mei 2011 = Friday = 7.21pm

asSaLammualaikum~~~

hu3...bulang, minggu, hari, jam, saat dan waktu yang sgt bz~~~~

ya ALLAH permudahkanlah urusan km..

sgt kelam kabut wkt nih.

~ ALLAHummasolli'ala Saiyyidina Muhammad ~

p/s : bz,bz jgk. jgn lupa kebergantungan od ALLAH.hubungn ngn ALLAH~~~

Sunday, May 8, 2011

~ALLAHummasollia'alasaiyyidinaMuhammad~


5 Jamadil Akkhir 1432H = 8th May 2011 = Sunday = 6.01pm = livin' room, home sweet home.=)

aSSaLammualikum WBT~~~



~ ALLAHummasollia'lasaiyyidina Muhammad ~

~ ALLAHummasollia'lasaiyyidina Muhammad ~

~ ALLAHummasollia'lasaiyyidina Muhammad ~

Selawat ke atas RasuluLLAH SAW mrupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman ALLAH swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikat-NYA berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]



Manakala di dalam hadith-hadith RasuluLLAH SAW, terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas Baginda SAW, antaranya :-

1. Sabda RasuluLLAH SAW yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya ALLAH swt akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.

[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]


2. Sabda RasuluLLAH SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]


3. Sabda RasuluLLAH SAW juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya ALLAH akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.

[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]



~ ALLAHummasollia'lasaiyyidina Muhammad ~

~ ALLAHummasollia'lasaiyyidina Muhammad ~

~ ALLAHummasollia'lasaiyyidina Muhammad ~

p/s : mode = ya RasuluLLAH~ rndu pdaMu sdah xt'tanggung~