BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Sunday, July 7, 2013

.: MaHabbTuR RaSUL :.

7 Julai 2013 bersamaan 28 Sha'ban 1434 H
Ahad
6.24 petang
Baiti Jannati ~ ^_^

BismiLLAHir Rahmanir Rahim~
Assalammu'alaikum wbt~

AlhamduliLLAH
ungkapan itu meresap dalam hati seorang hamba,
membuatkan jiwa walang jadi tenang,
menjadikan tubuh lemah jadi gagah.

AlhamduliLLAH
ALLAH memberi kesempatan kepada diri,
untuk menjejakkan kaki ke Majlis Istiqbal Ramadhan,
anjuran Yayasan Paksi dengan kerjasama Maahad Darul Hadis (DH).

majlis y penuh barakah,
mengajar hati menjadi semakin tunduk kepada y ESA,
mendidik jiwa mencipta kerinduan kepada KekasihNYA,



semoga hati-hati kita teruss dipilih ALLAH untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis seperti ini~

banyak input-input yang menarik terutamanya berkaitan dengan persiapan kita dalam menyambut kedatangan bulan yang mulia lagi penuh berkat. tidak lain dan tidak bukan, Bulan Ramadhan !

Ustaz Hanif Haron


 
Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah liRasuliLLAH bersama tetamu khas

Habib Jindan b Novel b Salim Jindan,
Syeikh Zainul Zasri Romli (Pak Long),
Ustaz Yufuff Awang
Ustaz Mujahid IR Fadzil bersama Ustaz Syed Abdul Qader alJofri
 
Setiap kali slot pasti akan di iringi qasidah oleh anak-anak DH.
mereka sungguh istimewa,
kecil-kecil lagi sudah di ajar mencintai ALLAH dan merindui RasuluLLAH saw.
besar-besar nanti pasti juga akan menjadi insan istimewa,
yang akan membimbing ummah menuju Redha ILLAHI..
 
Semoga ALLAH menjadikan anak-anak DH juga istiqomah dalam dakwah mereka~

bi'ah yang tidak mungkin dapat kita lihat di tempat lain.
hanya di Lantunan Mahabbah,
Majlis istimewa untuk mereka-mereka yang merindui RasuluLLAH saw! 
 
tidak sabar menantikan lantunan mahabbah yang seterusnya !
semoga ALLAH beri kesempatan itu.
 
namun perlu hati ingat,
kecintaan pada Rasul bukan hanya dimajlis lantunan,
namun kecintaan yang sebenar adalah apabila hati tidak pernah berhenti berselawat ke atas nabi dan mengamalkan sunnah2 Baginda SAW !
 
terngiang-ngiang kata-kata Habib Jindan,
 
" RasuluLLAH telah mula merindui kita sejak 1400 tahun yang lalu,
kita baru kebelakangan ini faham apa itu erti rindu pada Baginda SAW "
 
sungguh, tatkala itu hanya air mata mampu berbicara.
sungguh hati malu dengan Baginda SAW.
hati selalu alpa mengenang perjuanganmu ya RasuluLLAH~ :"(
sungguh rasa tidak layak untuk merindui insan agung itu~
 
semoga rasa cinta dan rindu ini akan kekal dan semakin bertambah~
 
cc : terima kasih kepada Khalifah Mukminin atas gambar2nya. :)
p/s : selamat menyambut Ramadhan !
Ramadhan Kareem ~
ALLAHu akram !