27REJAB 1432H = 29 JUNE 2011 = WEDNESDAY = atas Sofa
...pemberontakkan hati kini di puncak...
HATI MINTA DIKASIHI!
HATI MINTA DISAYANGI!
HATI MINTA DICINTAI!
HATI MINTA DIRINDUI!!!
meronta jiwa dek melihat kebahagian orang lain,
hati bagai terdesak menagih cinta insani
yang entah bila akan kunjung tiba...
yang pasti akan ditinggalkan...
yang belum tentu diredhai ILAHI...
tapi...hati lupa...hati lalai...
itulah fitrah manusia,LUPA!
ya...DIA selalu ada untuk hati...
...DIA SENTIASA MENCINTAI HATI...
...DIA SENTIASA MENGASIHANI HATI...
...DIA SENTIASA MENCINTAI HATI...
...DIA SENTIASA MERINDUI HATI...
hati berdosa kerana melupaiMU!
lagi berdosa kerana membuat dia lalai dari mengingatiMU!
bertambah dosa kerana membiarkan mereka alpa dengan keasyikan dunia!
tapi hati tahu..
ENGKAU maha pengampun dosa...
tanpa segan silu,
berulang kali manusia memungkiri taubat,
berulang kali juga mereka bertaubat kembali,
dan berulang kali jualah DIA menerima taubat hamba-hambaNYA...
...ya RAHMAN, ya RAHIM, ya LATHIF...
tidak sanggup lagi aku meminta darimu,
tapi hanya ENGKAUlah tempat aku bergantung,
hanya pada ENGKAUlah aku memohon pertolongan,
jangan ENGKAU biar hati ini hilang pertimbangan,
jangan ENGKAU lepaskan hati ini dari lautan MahabbahMU,
jangan ENGKAU biar dia terus leka dalam khayalan yang tidak pasti,
aku menyayangi dia kerana MU ya ALLAH,
pinpinlah dia ke jalan yang ENGKAU redhai,
hanyutkan dia dengan limpahan Nur Kasih MU,
...ya Sami', ya Basir, ya Kareem...
KAU ampunilah hambaMU ini,
yang berulang kali mendustai cintaMU,
yang terus-terus leka dalam fantasi.
p/s : dia = kamu
0 comments:
Post a Comment