BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Saturday, September 3, 2011

BuLaTan GumBira Raya~ (^_____^)

6 Syawal 1432H = 4th Sept 2011 = sunday = 1.16 p.m = home

~asSaLammuaLaikum waraHmaTuLLAHi WabarakaTuh~

menganjak enam hari kita berada dalam kemeriahan Aidilfitri,
hari kemenangan Umat Islam...

menempuh 6 hari jugak Ramadhan pergi meninggalkan kita...
sayu di hati mengenangkan bulan mulia itu...


" TaqabbalaLLAhu minna waminkum "
[semoga ALLAH menerima
semua amalan
dari kami dan dari kamu semua]


pada 4 syawal 1432H.
berkesempatan juga ati pergi ke rumah guru2 y tersayang...

AlhamduliLLAH...
terasa jiwa penuh dengan kata2 azimat dari mereka.
murabbi yang xpernah kenal erti penat dalam memberi nasihat...

uhibbukum fiLLAH ya Muallimah~

destinasi y pertama adalah rumah
Muallimah Maimunah aka Ummi Mai.

banyak y dikongsi bersama, terutamanya,
perihal di sekolah Islah. antara realiti yang berlaku...

" rata-rata ibu bapa sekarang mempunyai kesedaran
untuk mencampakkan anak-anak mereka ke
institusi pendidikan berteraskana agama
dengan niat untuk memperbetulkan anak-anak mereka.
tapi kebanyakan daripada ibu bapa ini tidak mempunyai
kesedaran untuk sama2 berada dalam proses pengislahan anak2 mereka.
meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada tenaga guru2,
tetapi tidak mempercayai tindakan guru2 tersebut.
gejala2 'couple', tidak menghormati guru dan sebagainya
mula dibawak masuk ke sekolah itu.."


tapi, bak kata Ummi Mai lagi...
" islah ni ALLAH pelihara ".
sgt setuju ngn statement tuh. (:
korang buatlah apa pun, last sekali mesti kantoi.
ALLAH tunjuk bulat2 kat muallim / muallimah.

bukanlah niat ati nak mengaibkan sesiapa dalam hal nih.
cuma ingin berkongsi ibrah dengan semua...
acuan anak2 itu bukan terletak kepada guru,
tapi kepada Ibu bapa itu sendiri.
kita nak anak2 kita menjadi seorang yang soleh,
kita kenalah 2, 3x ganda lagi soleh.

Muallimah Romizah~ ^^,

seterusnya singgah di rumah Muallimah Romizah.
cikgu masa darjah6. ajaq subjek akhlak.
(dlu engat lagi, kena buat folio smpai kena marah2. :p)

muallimah Romizah : haa...lama xjumpa nih... ap crita?
awat xmai jenguk2 muallimah? diam2 ni ada ap2 ka?

Muallimah mmg suka mengusik, ati mampu tersengih ja la. :D

bersama guru ini,
kami banyak mengimbas masa silam kami...
dh 2orang dari batch kami y telah dilamar.
ati gembira buat mereka...gembira sangat3. (^______^)
moga ALLAH mempermudahkan urusan walimah kalian.


Muallimah Manisah~ (^__~)

kemudian kami menginjak ke rumah Muallimah Manisah.
sempat lagi kami membuka facebook untuk
Muallimah meninjau-ninjau perkembangan kawan2 sebatch kami.
Muallimah Manisah adalah guru kelas kami,
masa tingkatan 5 (5Ijtihad).


sekitar permandangan rumah impian Muallimah Mahani~ (^___~)

destinasi selepas itu adalah ke rumah Muallimah Mahani.
Teratak Wadi Insyirah~
paling suka dengan kata-kata penyambut di depan umah Muallimah.
Haza Min Fadhli RABBi~~~
cantik, tapi xsempat nk amek gambaq...

Muallimah Mahani : smua dh besar2, terharu Muallimah.
ntum dtg ziarah Muallimah.


akhir sekali, rumah yang kami serbu, adalah rumah...
Muallimah Salma.

sempat kami berhalaqah sebentar dengan Muallimah.
halaqah ini diberi nama Bulatan Gumbira Raya
oleh Cik Shakirah Abd Rahman. (:

hati y kosong ibarat dicurah2 dengan air2 y enak lagi berkhasiat.
plg terkesan bila Muallimah memperingatkan tentang Syirik...

"cuba kita bayangkan, kita buat benda2 yang kita tahu salah.
ALLAH tahu atau tidak?
ALLAH nampak atau tidak?
apabila kita melakukan perkara2 y ALLAH larang,
dengan minda yang sedar.
bahawa itu adalah dosa..
seolah2 kita mengagungkan nafsu.
kita menduakan ALLAH dengan nafsu.
maka itu sudah tergolong dalam syirik khafi (syirik tersembunyi/kecil)
jadi, kita kena selalu memberi masa kepada diri..
untuk mehasabah...
kalo nk cari masa, mmg kita xd masa lah kan..
smua sibuk dengan urusan masing2..
oleh itu kita beri masa..."

semoga perkongsian kembara ziarah ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita bersama...

credit to :
Dr. Solehah Mazlan (driver terhormat lagi tersayang y xpernah jemu bawak kami g jalan2)
Miss Shakirah Abd Rahman (sentiasa membuat suasana riang lagi menghiburkan)
Miss Nurul Izzati Md Noor (semoga tabah dalam menghadapi cabaran berorganisasi)
Miss Mardhiah Ishak (memaafkan itu indah~) ^^,
* uhibbukunna fiLLAH~

p/s : ati adalah pendosa. tapi ati tidak akan selamanya di dalam takungan dosa. May ALLAH guide me, you n all of us~













0 comments: