BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Saturday, January 4, 2014

MATI itu PASTI

4 Januari 2014 bersamaan 3 Rabiul Awwal 1435 H 
Sabtu 
9.55 malam
Baitul 'Izzah

Assalammualaikum wtb...

5 bulan berhenti menulis. 
5 bulan yang siksa dan sesak.
5 bulan yang penuh harapan.
5 bulan yang penuh pengajaran.

siksa dan sesak dengan masalah diri sendiri.
mungkin kerana diri jauh dari TUHAN.
ujian menghentam tanpa dijemput.
tatkala itu terasa sangat lelah,
bagai tidak dapat ditempuhi,

penuh harapan agar diri mampu meredah badai,
walau lemah, namun tetap ku gagahi.
kerana yakin ada DIA, yg sentiasa membekal kekuatan..
mujur turut ada insan yang bergelar EMAK.
terima kasih MAK yg teramat ku CINTAI..

penuh pengajaran,
pengajaran daripada kisah-kisah kematian.
perginya 3 org sahabat yang hebat dalam perjuangan menegakkan kalimah ALLAH.

November : Azem Sameer (UMK) meninggal kerana lemas
Disember : Iswandi Ishak (USM) meninggal kerana kemalangan jalan raya
Januari : Mohammad Shahfieq (UMS) meninggal dalam tidur.

kehilangan mereka membuatkan hati sebak dan terkedu,
begitu dekat sekali kematian.
mereka orang hebat dalam perjuangan,
punya bekal menghadap ILLAHI.
aku? :(((

ya ALLAH, aku mahu, aku pohon dan aku harapkan ISTIQOMAH atas jalanMU.

p/s : sahabat, pasti aku akan teruskan perjuanganmu...


0 comments: