BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Tuesday, January 8, 2013

ManuSia tidak peRnaH puaS~

8 Januari 2013 bersamaan 26 Safar 1434 H
Selasa
9.47 malam
Bilik Najihah + 'Alia

Assalammualaikum wbt...

saat2 genting di musim exam nih la idea mencurah-curah utk menconteng di sini. =_=''
tetapi hati yakin, itu ilham daripada ALLAH,
maka rasa itu perlu di muntahkan di sini.
supaya hati rasa tenteram dan tidak serabut memikirkannya. :)

setiap org pasti mempunyai amanah masing2.
plg kurang amanah terhadap dirinya sendiri.
namun sahabat2,
pernah xkita terfikir sejauh mana kita melaksanakan amanah tersebut?
adakah telah melakukan y terbaik?

pernah x kita terfikir,
jika kita tidak melakukan amanah itu dengan baik,
maka perkara tersebut akan menjadi beban kepada manusia lain?
sehingga ia mampu memusnahkan masa hadapan manusia?

contoh situasi dalam sesebuah organisasi ;

setelah diputuskan dalam mesyuarat,
sesuai dengan kebolehan dan kondisi A,
dia telah di amanah utk buat jobscope utk sebuah program dakwah.
tetapi disebabkan dia tidak berusaha sebaik mungkin dalam amanahnya.
A memberi alasan exam dh nak dekat.
padahal mesyuarat telah memutuskan hal itu beberapa bulan sebelum exam.
B merasa bertanggungjawab utk memastikan agar program tersebut berjalan lancar
maka dia melakukan amanah A tersebut,
kebetulan B ni pula ada masalah dalam pelajaran.
maka B tersepit antara 2,
amanah A dan pelajarannya.

jika difikirkan logik wajib B utk fokus kepada pelajarannya.
kan?
tetapi memikirkan dakwah kepada masyarakat y wajib dilaksanakan.
bagaimana pula?

Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia di hari Qiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya
(Riwayat Muslim). 

yang peliknya B y merasa bertanggungjawab,
A pula bagaimana? langsung tidak merasa serba salah.

boleh x kita rasa dan fikir apa perasaan B?
di saat dia tersepit antara 2 amanah y besar.
jika dia memilih memikul amanah A,
mungkin dia tidak akan dapat memperbaiki pelajaranya.
jika dia memilih utk fokus kepada pelajaran,
maka program dakwah tadi mungkin tidak dpt dilaksanakan seperti y di rancang.

Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: “Bagaimana mensia-siakannya?” Rasulullah menjawab: “Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya
(Riwayat Al-Bukhari).

oleh itu sahabat2,
iman sentiasa mengingatkan hati utk sentiasa berwaspada dengan amanah y dipikul.
galaslah dengan sebaiknya amanah kita.
jangan sampai sikap kita y tidak amanah membuatkan manusia lain merana.

p/s : yakinlah dengan bantuan ALLAH setelah kita telah melakukan y terbaik dan termampu.

khas buat tatapan y sudi membaca , Muhammad :7~

0 comments: