11 Januari 2013 bersamaan 29 Safar 1434 H
Jumaat
11.01 pm
Bilik 'Alia + Najihah
Assalammualaikum wbt...
sebelum nak ulas tentang tajuk kat atas tuh,
nak lepaskan perasaan kat sini sikit.
pagi tadi jawab paper KAT dengan dahsyat sekali.
selama 3jam xgerak langsung,
xberhenti menulis langsung. @_@
segalanya dimuntahkan di atas kertas jawapan tadi.
3jam rasa macam xcukup pula. =_=''
AlhamduliLLAH, AlhamduliLLAH, AlhamduliLLAH...
hanya itu y mampu hati ucapkan..
kerana ALLAH mengurniakan akal utk diri berfikir.
manusia apabila dia memerhati dan berfikir,
pasti dia akan peroleh sesuatu..
itulah tanda kebijaksanaan ALLAH
dan tanda kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNYA.
realiti y hati dapat lihat pada masa kini adalah
masyarakat sukar utk menerima perbezaan dalam kalangan mereka.
contohnya dalam hal memberi pandangan.
A dan B y telah berkawan sejak d bangku sekolah,
malah tidak mahu berbicara kerana tidak bersetuju dengan pandangan masing-masing..
A kata kita kena guna pendekatan y lembut bila berhadapan dengan mad'u,
B pula kata kita xkena guna ketegasan, supaya mad'u ada kesedaran.
C dan D pula bermasam muka kerana berbalah pasal loghat.
C kata jangan persende negeri ambe,
D pula kata hang nih cepat trasa sungguh aih, aku gurau ja.
E dan F pula bertikam lidah kerana cara masak cucur xsama.
E masak cucur pakai garam,
F masak cucur pakai gula.
benda di atas adalah perkara y betul-betul terjadi walaupun kita tengok simple sangat2.
dan perkara2 beginilah y merapuhkan hubungan sesama manusia.
perkara-perkara seperti inilah y menyebabkan kita kata mengata di belakang,
umpatan menjadi perkara biasa walhal ianya adalah dosa besar di sisi agama.
di malaysia semangat kekitaan antara kaum/negeri sangat kuat,
bukanlah niat utk menidakkan persamaan(loghat terutamanya) y ad dlm sesuatu kaum.
tetapi janganlah sehingga ia mengganggu gugat hubungan kita dengan kaum y lain..
raikanlah perbezaan antara kita , cari titik persamaan.
jika ada y xsetuju di mana-mana, jangan cepat melatah atau marah.
tapi berbincanglah dengan terbuka dan berlapang dada.
perbezaan itu menunjukkan bahawa ilmu ALLAH itu maha luas.
dia tahu apa y kita xtahu, dia xtahu apa y kita tahu.
maka raikanlah pandangan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan syara'.
elakkanlah daripada kutuk mengutuk kerana agama melarang umatnya berbuat demikian~
Khatam tulis Al Quran 30 juzuk
1 day ago
0 comments:
Post a Comment