BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Friday, February 22, 2013

MusaFir~

23 Februari 2013 bersamaan 13 Rabi'ul Akhir 1434 H
Sabtu
7.43 pagi
Baitul 'Izzah

Assalammualaikumu wbt.

AlhamduliLLAH,
masih diberi keizinan oleh EMPUNYA diri untuk terus menitip kalam.
kalam y lahir dari hati dan ingin dikongsi.
bukan kalam untuk luahan emosi semata,
tetapi luahan utk dijadikan pengajaran dan sempadan.

beberapa hari y lepas,
hati berkesempatan pergi ke Shah Alam,
ada acara yang perlu diwakilkan oleh hati.
musafir itu memberi banyak pengajaran buat hati.
membuatkan hati lebih kenal dengan makhluk ciptaanNYA.
sekaligus melihat kebesaran ALLAH 'azzawajalla~
SubhanALLAH~

satu peristiwa y terjadi ketika bermusafir y ingin dikongsi,
semoga ada ibrah buat diri dan hikmah di sisi ALLAH.

semasa hendak pulang, 3 keping tiket bas telah di beli.
bas akan akan bertolak pda jam 7.40ptg.
sahabat hati telah memberi amaran,
bahawa kami tidak sempat utk menunaikan solat maghrib.
kerana maghrib pda jam 7.30ptg.

tetapi hati meyakinkan sahabat2,
bahawa kami pasti sempat menunaikan solat.
maka kami mengambil keputusan utk membiarkan
seorang sahabat tunggu di bas
manakala lagi 2orang sahabat pergi menunaikan solat..

azan maghrib berkumandang sahaja,
hati terus menunaikan solat..
AlhamduliLLAH, tepat jam 7.40.
sahabat y sedang menunggu d bas menelefon.
meminta agar disegerakan pergerakkan.


seorang lagi sahabat tidak keluar2 lagi drpd ruang solat.
hati jadi keruan,
hati yakin sahabat tersebut solat secara berjemaah.
manakalan sahabat y menunggu di bas menelefon lagi.
menyatakan kebimbangannya kerana pemandu bas mahu bergerak.
kedengaran suara pemandu mengherdik sahabat tersebut.
hati berasa serba salah, kerana kami sahabat y seorang ini dimarahi.

beberapa minit kemudian,
sahabat y berada d ruang solat telah keluar.
seperti y dijangkakan sahabat tersebut solat secara berjemaah.
hati memintanya segera dan mempercepatkan langkah.
kami berlari menuju ke arah bas.
pemandu bas tersebut masih belum berhenti mengherdik.
manakala sahabat y menuggu di bas tadi berterusan memohon maaf kerana mendesak dan meninggikan suara meminta kami segera.
hati jua turut memohon maaf, begitu juga sahabat y lewat tadi.
masing2 punya rasa serba salah di hati..

apa y hati ingin kongsikan melalui peristiwa ini adalah,
semua watak2 d atas telah memainkan peranan yang terbaik utk menjalankan tugas masing2.

sahabat y menuggu bas telah melakukan y terbaik
agar pemandu tersebut tidak meniggalkan kami.
dia sanggup menadah telinga dan menahan amarah demi sahabat2.
dia tetap meminta maaf kepada sahabatnya walaupun
hakikatnya peristiwa itu bukan berpunca daripada dia
bahkan dia telah menasihatkan awal2 lagi,
kami tidak akan sempat menunaikan solat.

sahabat y menunaikan solat jemaah tersebut juga telah melakukan y terbaik.
dia cuba menjadi hamba y terbaik buat TUANnya.
walaupun dia tahu dia akan kesuntukan waktu,
dia tetap mahu memberi hak TUHANnya dengan segera tanpa lengah-lengah.
mungkin di fikirannya,
jika dalam bas nanti berlaku apa2 y tidak di ingini
maka dia tidak lagi berhutang dengan TUHANnya.
dia cuba utk menjadi hamba y terbaik.

pemandu bas tersebut juga telah melakukan y terbaik.
walaupun caranya tidak kena.
dia cuba sedaya upaya utk menunaikan tugasnya dengan amanah.
dia cuba utk menjadi pekerja y terbaik.

saat d dalam bas,
hati merasa sangat,sangat,sangat hiba..
di akhir zaman nih,
mahu bersolat pun akan diherdik.
ALLAH, hati berasa sangat malu dengan ALLAH.
malu kerana hati tidak dapat memberi y terbaik buat TUAN hati.
tetapi TUAN hati telah memberi y terbaik bt hati. :"((

hal ini terjadi kerana kurang faham tentang Islam.
maka wajib untuk kita menyebarkan Islam,
agar masyarakat lebih dekat dengan Islam.
Pemerintah juga perlulah melakukan y terbaik,
agar Islam tersebar dengan luas.
di sini dapat kita lihat bahawa Islam itu tidak dapat dipisahkan dgn kehidupan.


p/s : keampunan itu, pintalah kepada ALLAH, DIA y berhak~

Monday, February 18, 2013

Daurah Ilmu~

18 Februari 2013 bersamaan 8 Rabi'ul Akhir 1434 H
isnin
4.57 ptg
Baitul 'Izzah
 
Assalammu'alaikum wbt...
 
ketika sendirian di halaman bait,
hati teringat kenangan mengaji di
Maahad Darul Hadis, Alor Star, Kedah..
ALLAH, sungguh nikmat...
berbeza dengan belajar akademik..
bukanlah niat hati untuk men'sekular'kan
antara akademik dan agama.
tetapi ingin mengajak sahabat-sahabat
untuk turut merasai kenikmatan mendalami ilmu agama.
 
realiti masa ini,
manusia suka menerokai ilmu akademik.
malah Islam juga menuntut umatnya mempelajari bidang akademik.
ia merupakan tuntutan fardhu kifayah.
 
tetapi sayang,
apabila terlalu 'eager' dengan akademik,
manusia semakin lupa tentang tuntutan mempelajari ilmu agama.
bahkan ilmu agama merupakan ilmu fardhu ain,
ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Muslim.
 
bukanlah maksud hati utk menidakkan mempelajari akademik,
tetapi selarikan kedua-duanya..
 
sama-samalah kita renungkan,
di mana kesedaran kita dalam mendalami ilmu agama,
ilmu yang perlu di semat di dada,
agar tidak goyah malah tetap teguh
dalam mengharungi dunia yang fana ini.
 
 
hari terakhir di DH,
ketika kuliah Tarikh Islam oleh Ustaz Yusuff Awang.
beliau mendeklamasikan sebuah syair.
syair terakhir daripada Syed Qutb,
ketika menukilkan syair tersebut,
Syed Qutb sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati di tali gantung.
Ustaz Yusuff menceritakan bahawa,
beliau mendendangkan syair ini ketika walimah sahabat baiknya iaitu Sheikh Zainul Asri bersama zaujahnya.
 
 
Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku
Dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan
Ke gerbang jaya
Saudara,
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih
Yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku
Bangga menerimaku
Burung-burungnya
Berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang
Mendapatkan rindunya
Janganlah gentar
Berkelana di alam abadi
Nun di sana
Fajar sedang memancar
 
< Syed Qutb >
 
p/s : hati ini mahu syahid, tetapi hati tahu hati tidak layak. Syuhada itu jiwanya bersih malah suci daripada titik hitam. :"(( 

Sunday, February 17, 2013

pahat Matlamat !

18 Februari 2013 bersamaan 11 Rabi'ul Akhir 1434 H
Isnin
8.52pm
Baitul 'Izzah.

Assalammualaikum wbt...

hati d tarbiyah dan sentiasa di ingatkan bahawa hidup ini punya matlamat.
Matlamat wujudnya manusia itu ada 3 ;

1. Sebagai HAMBA ALLAH.
2. Sebagai Khalifah.
3. Sebagai daie, (amal makruf, nahi munkar).

namun jika di ulas panjang dan di huraikan,
segala-galanya akan kembali kepada ALLAH.
maksudnya penciptaan makhluk di alam semesta ini
adalah atas kehendak ALLAH.

namun berapa kali dalam sehari
kita mengingati ALLAH?
adakah hanya dalam solat?
bahkan dalam solat sekalipun,

adakah kita khusyuk?

ALLAH.ALLAH.ALLAH.

muhasabah di pagi hari.

p/s : sungguh hati ini sentiasa berbolak balik,
dan yang membolak balikkan hati itu ialah ALLAH.
maka kembalilah kepada ALLAH~

Tuesday, February 5, 2013

HKR

6 Februari 2013 bersamaan 25 Rabiul awwal 1434 H
wednesday
12.25am
ruang tamu, baiti jannati. :D

assalammualaikum..

mungkin dah terlambat,
mungkin juga masih belum terlambat.

untuk mencoret sedikit berkenaan
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)
pada 12/1/13 di stadium Merdeka.

jasad ini tidak dapat bersama kerana mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan di sini.
tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga.
tanggungjawab segai anak sekaligus pelajar.

sungguhpun begitu,
hati dan roh melayang ke sana,
bersama spirit mereka yang mahukan Islam itu kembali tertegak.

taujihad daripada Tuan Guru Presiden sangat terkesan di hati.

http://www.youtube.com/watch?v=pqBplN-KoBw