BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Friday, February 22, 2013

MusaFir~

23 Februari 2013 bersamaan 13 Rabi'ul Akhir 1434 H
Sabtu
7.43 pagi
Baitul 'Izzah

Assalammualaikumu wbt.

AlhamduliLLAH,
masih diberi keizinan oleh EMPUNYA diri untuk terus menitip kalam.
kalam y lahir dari hati dan ingin dikongsi.
bukan kalam untuk luahan emosi semata,
tetapi luahan utk dijadikan pengajaran dan sempadan.

beberapa hari y lepas,
hati berkesempatan pergi ke Shah Alam,
ada acara yang perlu diwakilkan oleh hati.
musafir itu memberi banyak pengajaran buat hati.
membuatkan hati lebih kenal dengan makhluk ciptaanNYA.
sekaligus melihat kebesaran ALLAH 'azzawajalla~
SubhanALLAH~

satu peristiwa y terjadi ketika bermusafir y ingin dikongsi,
semoga ada ibrah buat diri dan hikmah di sisi ALLAH.

semasa hendak pulang, 3 keping tiket bas telah di beli.
bas akan akan bertolak pda jam 7.40ptg.
sahabat hati telah memberi amaran,
bahawa kami tidak sempat utk menunaikan solat maghrib.
kerana maghrib pda jam 7.30ptg.

tetapi hati meyakinkan sahabat2,
bahawa kami pasti sempat menunaikan solat.
maka kami mengambil keputusan utk membiarkan
seorang sahabat tunggu di bas
manakala lagi 2orang sahabat pergi menunaikan solat..

azan maghrib berkumandang sahaja,
hati terus menunaikan solat..
AlhamduliLLAH, tepat jam 7.40.
sahabat y sedang menunggu d bas menelefon.
meminta agar disegerakan pergerakkan.


seorang lagi sahabat tidak keluar2 lagi drpd ruang solat.
hati jadi keruan,
hati yakin sahabat tersebut solat secara berjemaah.
manakalan sahabat y menunggu di bas menelefon lagi.
menyatakan kebimbangannya kerana pemandu bas mahu bergerak.
kedengaran suara pemandu mengherdik sahabat tersebut.
hati berasa serba salah, kerana kami sahabat y seorang ini dimarahi.

beberapa minit kemudian,
sahabat y berada d ruang solat telah keluar.
seperti y dijangkakan sahabat tersebut solat secara berjemaah.
hati memintanya segera dan mempercepatkan langkah.
kami berlari menuju ke arah bas.
pemandu bas tersebut masih belum berhenti mengherdik.
manakala sahabat y menuggu di bas tadi berterusan memohon maaf kerana mendesak dan meninggikan suara meminta kami segera.
hati jua turut memohon maaf, begitu juga sahabat y lewat tadi.
masing2 punya rasa serba salah di hati..

apa y hati ingin kongsikan melalui peristiwa ini adalah,
semua watak2 d atas telah memainkan peranan yang terbaik utk menjalankan tugas masing2.

sahabat y menuggu bas telah melakukan y terbaik
agar pemandu tersebut tidak meniggalkan kami.
dia sanggup menadah telinga dan menahan amarah demi sahabat2.
dia tetap meminta maaf kepada sahabatnya walaupun
hakikatnya peristiwa itu bukan berpunca daripada dia
bahkan dia telah menasihatkan awal2 lagi,
kami tidak akan sempat menunaikan solat.

sahabat y menunaikan solat jemaah tersebut juga telah melakukan y terbaik.
dia cuba menjadi hamba y terbaik buat TUANnya.
walaupun dia tahu dia akan kesuntukan waktu,
dia tetap mahu memberi hak TUHANnya dengan segera tanpa lengah-lengah.
mungkin di fikirannya,
jika dalam bas nanti berlaku apa2 y tidak di ingini
maka dia tidak lagi berhutang dengan TUHANnya.
dia cuba utk menjadi hamba y terbaik.

pemandu bas tersebut juga telah melakukan y terbaik.
walaupun caranya tidak kena.
dia cuba sedaya upaya utk menunaikan tugasnya dengan amanah.
dia cuba utk menjadi pekerja y terbaik.

saat d dalam bas,
hati merasa sangat,sangat,sangat hiba..
di akhir zaman nih,
mahu bersolat pun akan diherdik.
ALLAH, hati berasa sangat malu dengan ALLAH.
malu kerana hati tidak dapat memberi y terbaik buat TUAN hati.
tetapi TUAN hati telah memberi y terbaik bt hati. :"((

hal ini terjadi kerana kurang faham tentang Islam.
maka wajib untuk kita menyebarkan Islam,
agar masyarakat lebih dekat dengan Islam.
Pemerintah juga perlulah melakukan y terbaik,
agar Islam tersebar dengan luas.
di sini dapat kita lihat bahawa Islam itu tidak dapat dipisahkan dgn kehidupan.


p/s : keampunan itu, pintalah kepada ALLAH, DIA y berhak~

0 comments: