BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Monday, February 18, 2013

Daurah Ilmu~

18 Februari 2013 bersamaan 8 Rabi'ul Akhir 1434 H
isnin
4.57 ptg
Baitul 'Izzah
 
Assalammu'alaikum wbt...
 
ketika sendirian di halaman bait,
hati teringat kenangan mengaji di
Maahad Darul Hadis, Alor Star, Kedah..
ALLAH, sungguh nikmat...
berbeza dengan belajar akademik..
bukanlah niat hati untuk men'sekular'kan
antara akademik dan agama.
tetapi ingin mengajak sahabat-sahabat
untuk turut merasai kenikmatan mendalami ilmu agama.
 
realiti masa ini,
manusia suka menerokai ilmu akademik.
malah Islam juga menuntut umatnya mempelajari bidang akademik.
ia merupakan tuntutan fardhu kifayah.
 
tetapi sayang,
apabila terlalu 'eager' dengan akademik,
manusia semakin lupa tentang tuntutan mempelajari ilmu agama.
bahkan ilmu agama merupakan ilmu fardhu ain,
ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Muslim.
 
bukanlah maksud hati utk menidakkan mempelajari akademik,
tetapi selarikan kedua-duanya..
 
sama-samalah kita renungkan,
di mana kesedaran kita dalam mendalami ilmu agama,
ilmu yang perlu di semat di dada,
agar tidak goyah malah tetap teguh
dalam mengharungi dunia yang fana ini.
 
 
hari terakhir di DH,
ketika kuliah Tarikh Islam oleh Ustaz Yusuff Awang.
beliau mendeklamasikan sebuah syair.
syair terakhir daripada Syed Qutb,
ketika menukilkan syair tersebut,
Syed Qutb sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati di tali gantung.
Ustaz Yusuff menceritakan bahawa,
beliau mendendangkan syair ini ketika walimah sahabat baiknya iaitu Sheikh Zainul Asri bersama zaujahnya.
 
 
Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku
Dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan
Ke gerbang jaya
Saudara,
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih
Yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku
Bangga menerimaku
Burung-burungnya
Berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang
Mendapatkan rindunya
Janganlah gentar
Berkelana di alam abadi
Nun di sana
Fajar sedang memancar
 
< Syed Qutb >
 
p/s : hati ini mahu syahid, tetapi hati tahu hati tidak layak. Syuhada itu jiwanya bersih malah suci daripada titik hitam. :"(( 

0 comments: