BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Saturday, January 7, 2012

kuatlah wahai hati~



7Januari2012=13Safar1433H=10.18PM=meja study,bilik.


asSaLammualaikum WBT~

minggu y penuh dugaan dan debaran.
satu subjek demi satu subjek ditelaah,
persiapan bagi menghadapi medan tempur bersenjatakan pena...
bersungguh2 dlm ulang kaji,
agar tdk m'jdik fitnah kpd agama.
tapi engt...
sekeras mna pun usaha kta,
hasilny hny ALLAH y b'hak menentukan.

Akademik jugak adalah Jihad dlm p'juangan ISLAM~

dlm kesibukan menghadapi peperiksaan,
timbul peristiwa2 y bakal melakar sejarah.
gerakan mahasiswa kini kembali bangkit,
untuk menuntut hak sbg mahasiswa y bebas.

dlm proses tuntutan itu,
ad sahabat y disakiti...
melihat keadaan itu,
ati turut merasa sakit...
teringat tntg satu hadith,
mafhumnya...



Dari Nu’man bin Basyir r.a.,
RasuluLLAH SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin
dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka
adalah seumpama satu tubuh.
Apabila satu anggota tubuh sakit
maka mengakibatkan seluruh tubuh
menjadi demam dan tidak bisa tidur”.

[Hadis riwayat Muslim]


ati menangis melihat kezaliman itu.
nmun sayap kiri beliau tdk lgsg menitiskn air mata...

krn ap?


kata suri hidupny,
Suamiku seorang pejuang.

Sakitnya, moga mendapat maghfirah.

Semangatnya, moga mencerah ummah.

Terima kasih kpd semua atas sokongan,

ziarah dan doa dari kalian.

Doakan moga beliau cepat sembuh untuk teruskan

agenda yang lebih besar untuk perubahan.

Kita sudah tidak mampu menunggu,

maka kita gerakkan perubahan.

Walau ada luka dan darah,

demi ummah kita sanggup gadaikan.


ati t'tanya2...


mampukah dri ini m'jdi seperti shbt ini?
sakit sikit sudah merengek.

bgaimana mahu b'korban darah dn nyawa?


mampukah dri ini m'jdik tuluang belakang y sntiasa
menyokong p'juangan teman hdupku nati?

diajak berjuang sekarang masih berbelah bahagi.

masih tdk sgup berkorban...

bagaimana mahu menjadi sayap kpd seowg mujahid?


pesanan pda hati...

kuatlah whai hati...

cinta ALLAH y perlu diutamakan,

rahmat ALLAH y prlu dipohon,

redha ALLAH y perlu dicari...

kuatkan semangat demi agamamu,

hayunkan langkah demi Tuhanmu,

tekadkan perjuangan demi Rasulmu...

setelah berjaya merempuh mehnah,

pasti DIA akn hadirkan kemanisan iman...

setelah hati menjadi kental,

pasti DIA akn kurniakan cinta y terindah...

yakinlah hati,

di dunia ini tdk akn ad makhluk y m'cintaimu

seperti mana ALLAH m'cintai...

di dunia ini tdk akn ad makhluk y merinduimu

seperti mana RasuluLLAH merinduimu...


jadi, mohonlah kpd y maha ESA utk kuat,

tnp DIA kta lemah...


saat dn ketika ini jga,

dri ini sdg b'gelut dgn dri sndri.

apabila ALLAH mengurniakan perasaan cinta,

ati mahu jdik manusia y m'cintai manusia lain krn ALLAH...

dan agar cinta itu tdk melebihi cinta kpd ALLAH...


B'kta Abu Idris Al Khaulani kpd Muaz bin Jabal:

"Ssngghny ak m'cintai nda krn ALLAH".

Mka Muaz b'kta:

"Smpaiknlh brita gmbira dn b'gmbiralah.

Ssngguhny ak tlah m'dgr drpd RasuluLLAH SAW b'sbda:

"Suatu kelompok mnusia kelak akn

m'peroleh kursi di sekitar Arsy pda hri kiamat,

wjh mrk bgaikan bulan purnama pda malam lailatul qadar,

wktu itu mnusia t'kjut pdahal mrk tdak mrasa t'kejut,

dn mnusia tkut pdahal mrk tdk mrasa tkut,

mrk itu adlh Auliya ALLAH

y tdk prnh tkt t'hdp mrk (msuh2 ALLAH)

dn tdak prnh mrasa khuatir".

Kmudian ak (Muaz) bertanya:

"Siapakah mrk itu ya RasuluLLAH ?"

Bginda m'jawab:

"Mrk adlah y b'ksh syg krn ALLAH".


(Riwayat Ahmad dan Hakim)


p/s : sayang, trima kasih ats teguran itu...
ati ingin jdik muslimah sejati.

smg ALLAH memelihara hati2 kta~










Sunday, December 11, 2011

fEnomEna IstiQaroh CinTa~

16 Muharram 1433 = 12 Disember 2011 = 3.50 petang = dlm bilik. (:


~asSaLammualaikum WaRahmatuLLAHi WaBarakaTuh~

...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

ungkapan yang seharusnya setiap saat meniti di bibir kta...
sesungguhnya ZikruLLAH itu membuatkan ati kta menjadi TENANG.
ati menjadi TENANG krn engat kepada y Maha PENCIPTA...

Syukran ya ALLAH, atas nikmat IMAN, ISLAM dan MASA LAPANG ini~

baru seketika tadi menghadiri forum
ISTIQARAH CINTA ; Saat Hatiku Di Sapa,
anjuran PMI USM.
inti pati y menarik sekali...

terhibur dgn ahli panel,
Ustaz Shaari b Abd Rahman
(penulis buku Kuasa Kepimpinan Al-Fateh)
beserta isteri tercinta y turut menjadi ahli panel,
Ustazah Nurul Suhada..
banyak sekali ilmu yg bermanfaat...

apabila berbicara soal cinta,
tahukah kita bahawa
CINTA = TENAGA = SEMULA JADI
sungguh,
hati ini berasa sangat syahdu...
betapa ALLAH maha pemurah,
mengurniakan setiap insan Fitrah berkasih sayang...

menarik sekali kisah pasangan panel tadi,
semasa mereka ingin mendirikan rumah tangga
pada 10 Disember, 3tahun yg lepas..

ketika dilamar Ustaz Shaari,
Ustazah Nurul menuntut di UIA
sbg pelajar jurusan undang-undang tahun ke2.
Ustazah Nurul adalah anak bongsu dalam keluarganya..
anak yg plg manja (beliau mengaku sendiri) :D
jadi, beliau memikrkan cara,
bagaimana mahu menyatakan hasrat tersebut
kepada keluarga agar keluarga beliau tidak kaget...

lalu Ustazah Nurul meletakkan 1 syarat kpd Ustaz Shaari.
Ustaz Shaari dikehendaki membuat kertas kerja ;
plan 12 tahun akan dtg b'sama Ustazah Nurul.

tanpa soal, Ustaz Shaari menyiapkan kertas kerja tersebut,
kemudian terus menghantarnya kepada
keluarga Ustazah Nurul..
pastinya ayahanda dan bonda Ustazah Nurul
terpana dengan kertas kerja tersebut,
menandakan bahawa Ustaz Shaari serius menyunting puteri mereka..

maka dengan itu pasangan tersebut di ikat dgn akad.
walaupun Ustazah Nurul hanya berusia sekitar 20-21 pada ketika itu..

hasil perkongsian hidup,
sekarang mereka mempunyai seorg anak,
y bernama Nurul Fatihah...

di antara initipati y dapat diambil semasa forum tersebut ;

# perkahwinan bukanlah semata-semata untuk kita mengelak maksiat,
tetapi perkahwinan akan membawa kita kpd MardhotiLLAH...
perkahwinan dlm Islam akn membina keluarga y sakinah + mawaddah + rahmah.

# perkahwinan akan bermula dengan kasih sayang,berakhir dgn tanggungjawab..
maka sebelum berkahwin fikirlah sedalam-dalamnya,
adakan kita cukup bersedia? cukup matang?

# perkahwinan dalam Islam juga bukan hanya terletak pada
physical hapiness shj malah,
~ spiritual hapiness
~ emotional hapiness

# pertunangan adalah proses mengenal serba sedikit mengenai pasangan serta keluarga
agar masing-masing dapat menerima pasangan seadaanya apabila telah berkahwin,
namun masih dibatasi syara'.

# dalam tempoh pertunangan juga ada beberapa syarat yg digariskan ;
1. tidak b'balas msg kecuali urusan penting.
2. tidak ada gambar pasangan masing-masing.
3. tidak ber'dating'.
4. saama2 merancang ke arah perkahwinan.


~ad-Du'a Silahul Mu'min~

p/s : [muhasabah cintaku]

buat pemilik cintaku,
semoga ALLAH memberi petunujuk,membimbing kita ke arah yg diredhaiNYA~

Sunday, November 6, 2011

apabila manusia melawan Fitrah~

6/11/11 = 10 Zulhijjah 1432H = 9.31 pm = Home Sweet Home



assalammualaikum~~~



sudah lama tdk menjengah ke sini,

tenggelam dalam kesibukan duniawi,

hingga terabai penulisan di sini...



sebelum tulisan ini dipanjangkan,

selamat Hari raya Aidiladha diucapkan

kepada semua muslimin & muslimat..

smoga kta mengambil ibrah ats pengorbanan y dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS..



suka untuk berkongsi dgn kalian mengenai

isu semasa yang hangat dibicarakan sekarang...

isu seksualiti kemerdekaan.



mengapa perkara ini timbul?

dan mengapa golongan ini begitu berani mengetengahkan hali ini?



sebenarny jika dikaji, budaya songsang wujud sejak Zaman Nabi Lut lagi.

sehingga sekarang, pada zaman yang moden ini,

perkara ini menjadi semakin berleluasa..

golongan ini berani mengutarakan isu ini kerana

negara kita tidak menjalankan hukum yang selari dgn hukum ALLAH.

masyarakat tidak mengambil ibrah dri kisah Nabi Lut dan kaumnya...


firman ALLAH yang bermaksud ;


" Dan (Kami juga telah mengutus) Lut

(kepada kaumnya).

(Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya:

“Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu,

yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun

(di dunia ini) sebelummu?

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka),

bukan kepada wanita,

malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

(Al A'raf :80-81)


manusia harus ingat,

kita memang memerlukan kebebasan.

tapi kebebasan itu ada hadnya.

kerana apa? mudah sja..

kerana kebebasan itu hak mutlak yang MAHA PENCIPTA.

yang MENCIPTAKAN kita yang berhak menentukan di mna takat kebebasan kita..



jangan menyalah ertikan istilah kebebasan.

manusia masa kini,

mendefinisikan kebebasan sbg kita boleh melakukan apa yang kita mahu.

tanpa ada panduan, batas yang telah ditetapkan syara'..


namun begitu, sbg masyarakat y perihatin juga,

kta tdk sepatutnya meminggirkan golongan ini

(gay, lesbian, biseksual, transeksual ).

menyisihkan mereka bukanlah tindakan y wajar.

sebaliknya kita mestilah mendekati mereka.

menerang, menjelaskan kpd mereka berkenaan hal ini menurut perspektif ISLAM y sebenar.

hal ini sekaligus dapat menyentuh hati-hati mereka

dgn kasih sayang ISLAM.



diharapkan kita smua cakna dgn isu ini.

jgn meremehkan isu ini..

jadilah seorg rakyat y prihatin, seowg hamba y Taat pda PENCIPTAnya.



semoga kita semua berada dalam jagaan ALLAH...



Salam Aidiladha~


p/s : sangat merindui seseorang. semoga ALLAH memeliharamu~

Saturday, September 3, 2011

BuLaTan GumBira Raya~ (^_____^)

6 Syawal 1432H = 4th Sept 2011 = sunday = 1.16 p.m = home

~asSaLammuaLaikum waraHmaTuLLAHi WabarakaTuh~

menganjak enam hari kita berada dalam kemeriahan Aidilfitri,
hari kemenangan Umat Islam...

menempuh 6 hari jugak Ramadhan pergi meninggalkan kita...
sayu di hati mengenangkan bulan mulia itu...


" TaqabbalaLLAhu minna waminkum "
[semoga ALLAH menerima
semua amalan
dari kami dan dari kamu semua]


pada 4 syawal 1432H.
berkesempatan juga ati pergi ke rumah guru2 y tersayang...

AlhamduliLLAH...
terasa jiwa penuh dengan kata2 azimat dari mereka.
murabbi yang xpernah kenal erti penat dalam memberi nasihat...

uhibbukum fiLLAH ya Muallimah~

destinasi y pertama adalah rumah
Muallimah Maimunah aka Ummi Mai.

banyak y dikongsi bersama, terutamanya,
perihal di sekolah Islah. antara realiti yang berlaku...

" rata-rata ibu bapa sekarang mempunyai kesedaran
untuk mencampakkan anak-anak mereka ke
institusi pendidikan berteraskana agama
dengan niat untuk memperbetulkan anak-anak mereka.
tapi kebanyakan daripada ibu bapa ini tidak mempunyai
kesedaran untuk sama2 berada dalam proses pengislahan anak2 mereka.
meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada tenaga guru2,
tetapi tidak mempercayai tindakan guru2 tersebut.
gejala2 'couple', tidak menghormati guru dan sebagainya
mula dibawak masuk ke sekolah itu.."


tapi, bak kata Ummi Mai lagi...
" islah ni ALLAH pelihara ".
sgt setuju ngn statement tuh. (:
korang buatlah apa pun, last sekali mesti kantoi.
ALLAH tunjuk bulat2 kat muallim / muallimah.

bukanlah niat ati nak mengaibkan sesiapa dalam hal nih.
cuma ingin berkongsi ibrah dengan semua...
acuan anak2 itu bukan terletak kepada guru,
tapi kepada Ibu bapa itu sendiri.
kita nak anak2 kita menjadi seorang yang soleh,
kita kenalah 2, 3x ganda lagi soleh.

Muallimah Romizah~ ^^,

seterusnya singgah di rumah Muallimah Romizah.
cikgu masa darjah6. ajaq subjek akhlak.
(dlu engat lagi, kena buat folio smpai kena marah2. :p)

muallimah Romizah : haa...lama xjumpa nih... ap crita?
awat xmai jenguk2 muallimah? diam2 ni ada ap2 ka?

Muallimah mmg suka mengusik, ati mampu tersengih ja la. :D

bersama guru ini,
kami banyak mengimbas masa silam kami...
dh 2orang dari batch kami y telah dilamar.
ati gembira buat mereka...gembira sangat3. (^______^)
moga ALLAH mempermudahkan urusan walimah kalian.


Muallimah Manisah~ (^__~)

kemudian kami menginjak ke rumah Muallimah Manisah.
sempat lagi kami membuka facebook untuk
Muallimah meninjau-ninjau perkembangan kawan2 sebatch kami.
Muallimah Manisah adalah guru kelas kami,
masa tingkatan 5 (5Ijtihad).


sekitar permandangan rumah impian Muallimah Mahani~ (^___~)

destinasi selepas itu adalah ke rumah Muallimah Mahani.
Teratak Wadi Insyirah~
paling suka dengan kata-kata penyambut di depan umah Muallimah.
Haza Min Fadhli RABBi~~~
cantik, tapi xsempat nk amek gambaq...

Muallimah Mahani : smua dh besar2, terharu Muallimah.
ntum dtg ziarah Muallimah.


akhir sekali, rumah yang kami serbu, adalah rumah...
Muallimah Salma.

sempat kami berhalaqah sebentar dengan Muallimah.
halaqah ini diberi nama Bulatan Gumbira Raya
oleh Cik Shakirah Abd Rahman. (:

hati y kosong ibarat dicurah2 dengan air2 y enak lagi berkhasiat.
plg terkesan bila Muallimah memperingatkan tentang Syirik...

"cuba kita bayangkan, kita buat benda2 yang kita tahu salah.
ALLAH tahu atau tidak?
ALLAH nampak atau tidak?
apabila kita melakukan perkara2 y ALLAH larang,
dengan minda yang sedar.
bahawa itu adalah dosa..
seolah2 kita mengagungkan nafsu.
kita menduakan ALLAH dengan nafsu.
maka itu sudah tergolong dalam syirik khafi (syirik tersembunyi/kecil)
jadi, kita kena selalu memberi masa kepada diri..
untuk mehasabah...
kalo nk cari masa, mmg kita xd masa lah kan..
smua sibuk dengan urusan masing2..
oleh itu kita beri masa..."

semoga perkongsian kembara ziarah ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita bersama...

credit to :
Dr. Solehah Mazlan (driver terhormat lagi tersayang y xpernah jemu bawak kami g jalan2)
Miss Shakirah Abd Rahman (sentiasa membuat suasana riang lagi menghiburkan)
Miss Nurul Izzati Md Noor (semoga tabah dalam menghadapi cabaran berorganisasi)
Miss Mardhiah Ishak (memaafkan itu indah~) ^^,
* uhibbukunna fiLLAH~

p/s : ati adalah pendosa. tapi ati tidak akan selamanya di dalam takungan dosa. May ALLAH guide me, you n all of us~













Monday, August 29, 2011

eiD muBaraK~


1 Syawal 1432H = 30th August 2011 = 11.56 a.m = Tuesday = Home









p/s : syukuri apa yang ada~

Tuesday, August 16, 2011

~ terima kasih CINTA~

16Ramadhan 1432H = 16th August 2011 = Tuesday = 6.40 pm

~ aSsaLammualaikum waraHmaTuLLAHi wabaraKaTuh ~
hari ni, hujan lebat~
alam bagai turut merasa,
kesayuan y melanda..
ati bagai baru tersedar
dari lena y panjang,
menempuh mimpi2 y indah,
tapi...
indah itu seketika...
perjuangan menuju redhaNY,
ati nodai dengan titik2 hitam...


ati ingin bahagia selamanya,
bukan hanya seketika...
ati harus lebih kuat.
mendidik ati supaya tidak leka
dan tidak membuat y lain turut lalai...
ati harus berubah...
demi dia, demi ALLAH...

ya ALLAH, bimbinglah kami~~~


tersedar... di dalam sepiku...
setelah jauh melangkah,
cahaya kasih MU, menuntunku...
kembali dalam dekap cahaya MU...

terima kasih CINTA, untuk segalanya...
KAU berikan lagi kesempatan itu,
tak akan berulang lagi...
semua~~~ kesalahanku...

tanpaMU...
tiada beerti...
tak mampu lagi berdiri...
cahaya kasih MU, menuntunku...
kembali dalam dekap cahaya MU~~~

terima kasih CINTA, untuk segalanya.....
KAU berikan lagi...kesempatan itu...
tak akan berulang lagi...
semua~~~~ kesalahanku...
kesalahanku~~~


p/s : jauh merenung, diam hingga hak itu milik kita~
ati bukan sebaik penjaga,
ALLAH pasti menjaga kamo dengan lebih baik.



Friday, August 12, 2011

manusia hanya mencari TUHAN apabila resah~


13 Ramadhan 1432H = 13rd August 2011 = saturday = 11.32a.m

~~~AsSaLammualaikum~~~

dulu ati sering berfikir...
mencari TUHAN bukan sekadar dikala resah.
ati protes dan benci pada mereka
yang menghadap ILAHI hanya ketika gelisah~


tapi...

saat ini,ati sedar...

mereka = manusia = ati


pedih...
rupa-rupanya ati juga serupa itu.
banjingan yang lupa diri,
lupa TUHAN di saat suka dan gembira~

kini, DIA sedang menguji apa y ati katakan...
ini bererti ati makin jauh denganNYA~ :''

Faghfirli ya ALLAH~~~


jika tidak dijaga hati, maka matilah ia...

jika dibimbing dengan tarbiyah,

maka perjuangan itu menjadi jalan hidup menuju mati.

credit to Sahabatku, Haziq Asyfar b Dun.


ati perlu mendidik jiwa...
agar tegar mengharungi ujian ini.
ujian itu pengukur tahap keimanan.
dugaan itu tanda ALLAH masih sayang~


perjuangan ini di ibarat bak bunga sakura~~~
khas buat kamo..

sakura...
kembang mekar namun, hanya seketika..
bertaburan jatuh, memenuhi angkasa, di sana....
sayu bila sedar ia tiada, depan mata~
biarkanlah~~~
keindahan itu, kekal masih ada...
setia menunngu, bagaikan diriku..
percaya, kan besinar kembali sepertinya~

credit to kak Umi Kalsom bt Yusof

p/s ; hanya sekadar menyatakan apa yang terlintas, ati xberniat langsung tuk melukai kamo~
maafkan ati membuat kamo derita~ ini yang terakhir...
maaf~~~ :'