BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SaLam~

SaLam~

iSLam~

Friday, January 11, 2013

Raikan perBezaan~

11 Januari 2013 bersamaan 29 Safar 1434 H
Jumaat
11.01 pm
Bilik 'Alia + Najihah

Assalammualaikum wbt...

sebelum nak ulas tentang tajuk kat atas tuh,
nak lepaskan perasaan kat sini sikit.
pagi tadi jawab paper KAT dengan dahsyat sekali.
selama 3jam xgerak langsung,
xberhenti menulis langsung. @_@
segalanya dimuntahkan di atas kertas jawapan tadi.
3jam rasa macam xcukup pula. =_=''

AlhamduliLLAH, AlhamduliLLAH, AlhamduliLLAH...

hanya itu y mampu hati ucapkan..
kerana ALLAH mengurniakan akal utk diri berfikir.
manusia apabila dia memerhati dan berfikir,
pasti dia akan peroleh sesuatu..
itulah tanda kebijaksanaan ALLAH
dan tanda kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNYA.

realiti y hati dapat lihat pada masa kini adalah
masyarakat sukar utk menerima perbezaan dalam kalangan mereka.
contohnya dalam hal memberi pandangan.

A dan B y telah berkawan sejak d bangku sekolah,
malah tidak mahu berbicara kerana tidak bersetuju dengan pandangan masing-masing..
A kata kita kena guna pendekatan y lembut bila berhadapan dengan mad'u,
B pula kata kita xkena guna ketegasan, supaya mad'u ada kesedaran.

C dan D pula bermasam muka kerana berbalah pasal loghat.
C kata jangan persende negeri ambe,
D pula kata hang nih cepat trasa sungguh aih, aku gurau ja.

E dan F pula bertikam lidah kerana cara masak cucur xsama.
E masak cucur pakai garam,
F masak cucur pakai gula.

benda di atas adalah perkara y betul-betul terjadi walaupun kita tengok simple sangat2.
dan perkara2 beginilah y merapuhkan hubungan sesama manusia.
perkara-perkara seperti inilah y menyebabkan kita kata mengata di belakang,
umpatan menjadi perkara biasa walhal ianya adalah dosa besar di sisi agama.

di malaysia semangat kekitaan antara kaum/negeri sangat kuat,
bukanlah niat utk menidakkan persamaan(loghat terutamanya) y ad dlm sesuatu kaum.
tetapi janganlah sehingga ia mengganggu gugat hubungan kita dengan kaum y lain..

raikanlah perbezaan antara kita , cari titik persamaan.
jika ada y xsetuju di mana-mana, jangan cepat melatah atau marah.
tapi berbincanglah dengan terbuka dan berlapang dada.

perbezaan itu menunjukkan bahawa ilmu ALLAH itu maha luas.
dia tahu apa y kita xtahu, dia xtahu apa y kita tahu.
maka raikanlah pandangan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan syara'.
elakkanlah daripada kutuk mengutuk kerana agama melarang umatnya berbuat demikian~

 
 
p/s : senyum xperlu kata apa2. ^_^

Tuesday, January 8, 2013

ManuSia tidak peRnaH puaS~

8 Januari 2013 bersamaan 26 Safar 1434 H
Selasa
9.47 malam
Bilik Najihah + 'Alia

Assalammualaikum wbt...

saat2 genting di musim exam nih la idea mencurah-curah utk menconteng di sini. =_=''
tetapi hati yakin, itu ilham daripada ALLAH,
maka rasa itu perlu di muntahkan di sini.
supaya hati rasa tenteram dan tidak serabut memikirkannya. :)

setiap org pasti mempunyai amanah masing2.
plg kurang amanah terhadap dirinya sendiri.
namun sahabat2,
pernah xkita terfikir sejauh mana kita melaksanakan amanah tersebut?
adakah telah melakukan y terbaik?

pernah x kita terfikir,
jika kita tidak melakukan amanah itu dengan baik,
maka perkara tersebut akan menjadi beban kepada manusia lain?
sehingga ia mampu memusnahkan masa hadapan manusia?

contoh situasi dalam sesebuah organisasi ;

setelah diputuskan dalam mesyuarat,
sesuai dengan kebolehan dan kondisi A,
dia telah di amanah utk buat jobscope utk sebuah program dakwah.
tetapi disebabkan dia tidak berusaha sebaik mungkin dalam amanahnya.
A memberi alasan exam dh nak dekat.
padahal mesyuarat telah memutuskan hal itu beberapa bulan sebelum exam.
B merasa bertanggungjawab utk memastikan agar program tersebut berjalan lancar
maka dia melakukan amanah A tersebut,
kebetulan B ni pula ada masalah dalam pelajaran.
maka B tersepit antara 2,
amanah A dan pelajarannya.

jika difikirkan logik wajib B utk fokus kepada pelajarannya.
kan?
tetapi memikirkan dakwah kepada masyarakat y wajib dilaksanakan.
bagaimana pula?

Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia di hari Qiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya
(Riwayat Muslim). 

yang peliknya B y merasa bertanggungjawab,
A pula bagaimana? langsung tidak merasa serba salah.

boleh x kita rasa dan fikir apa perasaan B?
di saat dia tersepit antara 2 amanah y besar.
jika dia memilih memikul amanah A,
mungkin dia tidak akan dapat memperbaiki pelajaranya.
jika dia memilih utk fokus kepada pelajaran,
maka program dakwah tadi mungkin tidak dpt dilaksanakan seperti y di rancang.

Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: “Bagaimana mensia-siakannya?” Rasulullah menjawab: “Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya
(Riwayat Al-Bukhari).

oleh itu sahabat2,
iman sentiasa mengingatkan hati utk sentiasa berwaspada dengan amanah y dipikul.
galaslah dengan sebaiknya amanah kita.
jangan sampai sikap kita y tidak amanah membuatkan manusia lain merana.

p/s : yakinlah dengan bantuan ALLAH setelah kita telah melakukan y terbaik dan termampu.

khas buat tatapan y sudi membaca , Muhammad :7~

Monday, January 7, 2013

haTi yang GeMar memBuat maKsiaT~

8 Januari 2013 bersamaan 26 Safar 1434 H
12.40 tengah hari
Bilik 'Alia + Najihah. :)

Assalammualaikum wbt.

sekian lama meninggalkan medium penulisan ini,
dek kekangan waktu di kamus.
tapi kadang2 hati merasakan itu hanya alasan.
alasan utk berehat-rehat dalam perjuangan.

sekarang nih waktu2 genting di kampus,
semua orang pun sibuk dengan exam.
diri ini juga turut mencampakkan diri
dalam persedian menghadapi peperiksaan ini.
berkampung di bilik sahabat y sudi menerima kehadiran diri. :")

hati selalu berpesan kpd akal,
agar dapat berfungsi mengikut gerak iman.
namun hakikat manusia itu selalu lupa.
jadi hati ingin berkongsi satu doa
buat insan y sudi membaca.


sesunnguhnya manusia itu sering membuat maksiat,
kadang2 tanpa kita sedari dengan nafsu mengatasi iman,
kadang2 kita sengajakan tatkala iman tidak menjaja hati.

maka sentiasalah memohon keampunan TUHAN y maha Pemurah,
lagi maha Pengampun. :"(

p/s : sesungguhnya jika manusia mengukur dosa mereka
dengan luasnya rahmat dan keampunan ALLAH,
maka kebesaran ALLAH itu lebih luas.
jangan pernah lelah atau malu utk memohon ampun drpd ALLAH,
dan sentiasalah malu dengan diri sendiri y sering mengulangi dosa~

Monday, October 1, 2012

coretan hati~

bismiLLAHiRahmaniRahim~

2/10/12 : Tuesday : 2.47 am

assalammualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh~

sekali lagi laman ini di cuci setelah sekian lama berhabuk dan bersawang.
alhamduliLLAH, 
ALLAH memberi kesempatan buat diri menukilkan sesuatu di sini.

nukilan dari hati hiba,
luahan dari jiwa lara...

sekian lama bermuhasabah,
mengapa diri masih berada d awang-awangan,
tatkala mereka y lain menempa kejayaan..

hati menangis sendiri,
kerana malu dek kekurangan diri,
hanya DIA y maha Tahu,
betapa hati ingin mengubah kondisi diri,
menjadi insan y lebih baik dan bermanfaat kpd orang lain..

hanya juraian air mata menemani,
tatkala hati runsing dan sepi,
namun hati tahu,
ada y menemani,
ada y tidak pernah meninggalkan hati. :"((

syukran atas kesudianMU mendengar rintihan hambaMU y hina ini...

p/s : salam muhasabah bt y sudi membaca~

Monday, April 2, 2012

sayangi aku kerana ALLAH~


3 April 2012
Tuesday
1.40AM

assaLAmmuaLaikum wbt~

saat ini,
hatiku hanya mampu menangis~

ya...
aku sedih atas duka yang aku ciptakan sendiri.
namun, jauh sekali aku menyalahkan engkau atas kekhilafanku...
malah, aku menyalahkan diri atas dosa2 ini...

sesungguhnya, fahamilah...

aku insan yang lemah tiada daya.
aku manusia yang tidak lari dari dosa.
aku juga hamba yang lalai lagi alpa...

TUHAN, masih ada ruang kemaafan kah untuk diri ini?
sesungguhnya ALLAH adalah sebaik2 tempat mengadu...

p/s : sayangi aku kerana ALLAH~
aku tetap akan menunggu sampai saat itu...

Monday, March 26, 2012

SamPai biLa?


BismiLLAHiRahmaniRahim~~~


27th March 12
Tuesday
3.28 ptg
di tempat y tenang~

nampaknya dah berhabuk dan bersawang dah blog ni...

masa terlalu cepat berlalu,
berlalu pergi dan tidak mungkin kembali lagi.
tetapi kita hanya membiarkan ia pergi begitu sahaja,
tanpa menjadikan ia bermanfaat...

kini hati berada dalam ruang tarbiyah yang berbeza...

1hari usai Solat Subuh,
hati berta'lim bersama2 sahabat2...
tajuknya Dunia dan Akhirat...

dunia adalah tempat persinggahan kita,
mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.
maka kedua-duanya perlu diseimbangkan.

dunia ibarat jambatan menuju kebahagian di akhirat,
jika tidak bersedia untuk berkorban di dunia,
maka kita tidak mungkin mengecapi nikmat di akhirat.

dalam sebuah hadith ;

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
”RasuluLLAH s.a.w bersabda:
”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.
(HR Muslim)

mengapa dunia ibarat penjara bagi mukmin?
kerana orang-orang beriman akan berjihad untuk melawan nafsunya.
menjalankan perintah TUHANnya dan menjauhi larangan Agamanya...

mengapa dunia ibarat syurga bagi kafir?
kerana orang-orang yang tidak beriman berasa bebas melakukan apa yang mereka suka
tidak melakukan suruhan ALLAH serta melanggar larangan Islam...

atas belas kasih ALLAH,
manusia dikurniakan hidayah...
bahkan ALLAH mengurniakan akal,
untuk manusia memilih antara hak dan batil...

namun manusia hanya membiarkan hidayah itu,
malah mengaburi akal itu dengan sifat wahn...

kini hidayah itu akan pergi...
tanpa kita menggegamnya seerat mungkin...
sayang seribu kali sayang...

sampai bila kita akan membiarkan hidayah itu?
adakah apabila ia berlalu pergi lalu kita kesal?
dan kita tidak mungkin lagi menemukannya?

sesungguhnya subuh itu akan hati engat sampai bila-bila...

***

suatu hari, hati di minta untuk mengulas video berkenaan
Zaman kejatuhan Islam...
video yang berdurasi tidak kuran 40minit itu,

sungguh menusuk kalbu...
sakit dan pedih menikam jiwa...
hanya tangisan yang berjujuran mampu mentafsirkan perasaan hati tatkala itu...

maka benarlah Hadith Nabi ;
Orang-orang mukmin itu ibarat satu jasad,
apabila satu anggota badan sakit,
maka seluruh jasad turut merasakan sakit
dengan demam dan tidak dapat tidur”.
(HR. Muslim)

mereka disiksa dengan kejam di sana,
kita berhibur dengan melampau di sini.

mereka berlari bertempiaran terkena phoporus yang pedih,
kita seronok berlari berkeja-kejaran dengan pasangan di tepi pantai.

mereka bertekad ke sekolah walaupun tentera yahudi laknatuLLAH menanti di jalanan,
kita pula masih bermalas-malasan malah dengan senang hati ponteng kuliah.

mereka kebuluran, hanya rumput menjadi santapan harian,
kita malah menjilat jari menikmati KFC, McD yang menjadi penyumbang ekonomi musuh!!!

sedarlah wahai hati....

sampai bila kita perlu memohon waktu kpd ALLAH utk berubah?
sedangkan saudara seislam di luar sana tidak mungkin dapat menunggu,
tatkala diganynyang Yahudi laknatuLLAH...

sampai bila kita mahu melakukan
perkara yang kita tahu ALLAH larang,
walaupun kita tahu itu dosa,
walaupun kita tahu ALLAH tidak redha!
sampai bila kita mahu terus-terusan melakukan dosa,
lantaran dosa itu saudara-saudara kita terseksa dizalimi,
akibat ketidak caknaan kita berjuta-juta saudara kita ditindas!!!

ayuh...
sedarlah wahai hati~~ :"
genggamlah hidayah itu, sebelum ia berlalu pergi....

p/s : aku pasti akan menunggumu.



Saturday, January 7, 2012

kuatlah wahai hati~



7Januari2012=13Safar1433H=10.18PM=meja study,bilik.


asSaLammualaikum WBT~

minggu y penuh dugaan dan debaran.
satu subjek demi satu subjek ditelaah,
persiapan bagi menghadapi medan tempur bersenjatakan pena...
bersungguh2 dlm ulang kaji,
agar tdk m'jdik fitnah kpd agama.
tapi engt...
sekeras mna pun usaha kta,
hasilny hny ALLAH y b'hak menentukan.

Akademik jugak adalah Jihad dlm p'juangan ISLAM~

dlm kesibukan menghadapi peperiksaan,
timbul peristiwa2 y bakal melakar sejarah.
gerakan mahasiswa kini kembali bangkit,
untuk menuntut hak sbg mahasiswa y bebas.

dlm proses tuntutan itu,
ad sahabat y disakiti...
melihat keadaan itu,
ati turut merasa sakit...
teringat tntg satu hadith,
mafhumnya...



Dari Nu’man bin Basyir r.a.,
RasuluLLAH SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin
dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka
adalah seumpama satu tubuh.
Apabila satu anggota tubuh sakit
maka mengakibatkan seluruh tubuh
menjadi demam dan tidak bisa tidur”.

[Hadis riwayat Muslim]


ati menangis melihat kezaliman itu.
nmun sayap kiri beliau tdk lgsg menitiskn air mata...

krn ap?


kata suri hidupny,
Suamiku seorang pejuang.

Sakitnya, moga mendapat maghfirah.

Semangatnya, moga mencerah ummah.

Terima kasih kpd semua atas sokongan,

ziarah dan doa dari kalian.

Doakan moga beliau cepat sembuh untuk teruskan

agenda yang lebih besar untuk perubahan.

Kita sudah tidak mampu menunggu,

maka kita gerakkan perubahan.

Walau ada luka dan darah,

demi ummah kita sanggup gadaikan.


ati t'tanya2...


mampukah dri ini m'jdi seperti shbt ini?
sakit sikit sudah merengek.

bgaimana mahu b'korban darah dn nyawa?


mampukah dri ini m'jdik tuluang belakang y sntiasa
menyokong p'juangan teman hdupku nati?

diajak berjuang sekarang masih berbelah bahagi.

masih tdk sgup berkorban...

bagaimana mahu menjadi sayap kpd seowg mujahid?


pesanan pda hati...

kuatlah whai hati...

cinta ALLAH y perlu diutamakan,

rahmat ALLAH y prlu dipohon,

redha ALLAH y perlu dicari...

kuatkan semangat demi agamamu,

hayunkan langkah demi Tuhanmu,

tekadkan perjuangan demi Rasulmu...

setelah berjaya merempuh mehnah,

pasti DIA akn hadirkan kemanisan iman...

setelah hati menjadi kental,

pasti DIA akn kurniakan cinta y terindah...

yakinlah hati,

di dunia ini tdk akn ad makhluk y m'cintaimu

seperti mana ALLAH m'cintai...

di dunia ini tdk akn ad makhluk y merinduimu

seperti mana RasuluLLAH merinduimu...


jadi, mohonlah kpd y maha ESA utk kuat,

tnp DIA kta lemah...


saat dn ketika ini jga,

dri ini sdg b'gelut dgn dri sndri.

apabila ALLAH mengurniakan perasaan cinta,

ati mahu jdik manusia y m'cintai manusia lain krn ALLAH...

dan agar cinta itu tdk melebihi cinta kpd ALLAH...


B'kta Abu Idris Al Khaulani kpd Muaz bin Jabal:

"Ssngghny ak m'cintai nda krn ALLAH".

Mka Muaz b'kta:

"Smpaiknlh brita gmbira dn b'gmbiralah.

Ssngguhny ak tlah m'dgr drpd RasuluLLAH SAW b'sbda:

"Suatu kelompok mnusia kelak akn

m'peroleh kursi di sekitar Arsy pda hri kiamat,

wjh mrk bgaikan bulan purnama pda malam lailatul qadar,

wktu itu mnusia t'kjut pdahal mrk tdak mrasa t'kejut,

dn mnusia tkut pdahal mrk tdk mrasa tkut,

mrk itu adlh Auliya ALLAH

y tdk prnh tkt t'hdp mrk (msuh2 ALLAH)

dn tdak prnh mrasa khuatir".

Kmudian ak (Muaz) bertanya:

"Siapakah mrk itu ya RasuluLLAH ?"

Bginda m'jawab:

"Mrk adlah y b'ksh syg krn ALLAH".


(Riwayat Ahmad dan Hakim)


p/s : sayang, trima kasih ats teguran itu...
ati ingin jdik muslimah sejati.

smg ALLAH memelihara hati2 kta~